Tuhan dakaplah erat2 diriku agar aku tak pernah merasa ingin meninggalkanMu walaupun ditinggalkan sekelian makhluk... balutilah hatiku dengan kesucianMu agar aku tak pernah dikotori walaupun disekelilingku dipenuhi coretan maksiat.. sertailah setiap langkahku agar aku sentiasa dituntun kearah jalanMu walaupun dalam kembaraku ditaburi dengan duri2 ujian yang menyakitkan... peliharalah diriku kerana engkaulah sebaik-baik pemelihara...amin~
Tuesday, August 24, 2010
NiKaH kHiTBaH @ nIkaH GaNtUnG
Suami
Isteri
Wali
Saksi
Aqad [ Ijab Qabul ]
cuma bezanya ialah pasangan pengantin [ suami isteri ] tidak tinggal serumah dalam tempoh - tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti [sekadar menyebut beberapa contoh] :
Masih menuntut di kolej atau uniersiti
Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga
justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan [ atas persetujuan bersama kedua - dua pihak ] dan barangkali tinggal bersama keluarga masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan diatas telah selesai dan mereka benar - benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.
7. Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang - undang negara . Andai dalam tempoh itu mereka bertemu , keluar makan , dating , study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks , maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram .
8. Andai berlaku kehamilan , maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab [ keturunan ] . Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah .
9. Kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata - ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit. Malah mereka juga takut untuk kembali kepangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang . Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama . Akhirnya , jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara .
10. Sebenarnya Nikah Khitbah ini pernah dilakukan dalam masyarakat Arab . Menurut amalan tersebut , sewaktu majlis pertunangan , ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad nikah [ halflun nikah ] tetapi mempelai tidak boleh tinggal sekali [serumah] sehingga berlangsungnya pula majlis perkahwinan [haflul Qiran] . Terkadang tempoh itu [ antara pertunangan dan perkahwinan menjangkau tahun lamanya.]
11. Dalam masyarakat Melayu , amalan ini sebenarnya pernah diamalkan sebelum ini dengan nama Nikah Gantung . Ia pernah di kaji oleh beberapa Anthropologist seperti Paletz , Djamour dan Jones. Mereka mengistilahkan Nikah Gantung sebagai "Suspended Marriage Contract" iaitu satu fenomena sosial yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia tenggara .
12. Malah menurut Abdul Jalil Borhan , perkara yang berkaitan dengan Nikah Gantung terdapat dalam seksyen 112 [dalam bahagian 5] enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor.
Perbahasan Hukum
13. Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim , Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun . Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah , maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.
14. Apabila pasangan pengantin [ nikah gantung ] bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya sebutkan di atas tadi , maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin [ jima' \ bersetubuh ] . Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir [ material ] . Berkait perkara ini , kita mempunyai beberapa pandangan :
a] Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini [ nafkah zahir ] wajib dengan berlakunya aqad , maka selepas sahaja aqad nikah , suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya .
b] Pandangan Jumhur ulama' iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat - syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami [ berpindah ke tempat suami ] , boleh melakukan istimta' [ mengambil keseronokan] , jima' [ bersetubuh ] , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya .
15. Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa : bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku . Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama , maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri , buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya .
16. Tegasnya saya sebutkan disini , terutama kepada pihak berkuasa agama , ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak - anak muda agar mereka kembali kepada cara hidup Islam . Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak , tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak - anak gadis dan teruna kita berpeleseran , bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan . Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar , murka Allah swt itulah yang paling ditakuti .
Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi,
Monday, August 23, 2010
BinGkIsAN rINdU
Susah dan senang tetap bersama
Terpatri namamu
Kau takkan kulupa
Sudah bertahun lama
Kita tidak lagi bersua
Hanya tinggal kenangan
Yang tak mungkin kita lupa
Kirimkan khabar selalu
Seiringan hembusan bayu
Sekadar pengubat rasa rindu dikalbu
Pantas masa berlalu
Meninggalkan kita semua
Tanpa disedari bertambahlah usia kita
Potret lama masih kusimpan
Kubingkaikan kenangan
Hingga terkadangku
Tersenyum sendirian
Oh perjalanan kita masih jauh
Jalanan berliku akan kita tempuh
Imbaslah kenangan semalam jadi azimat
Penguat semangat menempuh masa hadapan
Harapanku kau kan bahagia selalu
Padaku engkau penghibur duka
Pengubat hati resah kecewa
Dikala malamku kau bawa cahaya
Antara kita tiada rahsia
Susah dan senang tetap bersama
Terpatri namamu
Kau takkan kulupa
Perjalanan kita masih jauh
Jalanan berliku akan kita tempuh
Imbaslah kenangan semalam jadi azimat
Penguat semangat menempuh masa hadapan
Harapan ku kau kan bahagia selalu
Sematkanlah bingkisan rindu dikalbu
Sahabatku, Temanku, Syurgaku!
Menangislah wahai sahabatku kerna air mata itu adalah bicara terindah bilamana tanganmu meraih tangan seorang insan yang bergelar sahabat tanpa kamu sedari pipi dibasahi butiran mutiara yang sangat indah!!!! Tapi jangan selalu bazirkan airmatamu kerana kita harus ingat bahawa kadagkala kita perlu menangis agar kita tahu hidup ini bukan sekadar untuk ketawa dan kadangkala kita harus ketawa agar kita tahu menilai mahalnya setitis air mata yang dianugerahkan oleh Allah pada kita, akanku terus berlari mencari impian hidupku yang belum pasti & akanku tetap tabahkan hati tuk terus menapaki perjalanan hidupku ciptaan Illahi, biarkan kelopak mataku tak berkelip titisan airmataku mengalir sepi tanpa bicara!!!
Buatmu SAHABAT!!!
Sahabatku, aku ingin menangis untuk meluahkan rasa sedih kerana akan kehilanganmu, tetapi kolam airmataku sudah kontang dek kedukaan memanjang! Saban hari aku meratapimu juga diatas keterlanjuranku, tapi hari ini kemarau itu masih berterusan, duhai airmata keluarlah tunjukkan rasa sedih hati ini pada semua, biar mereka tahu betapa hancur luluhnya hatiku ini. Sampaikanlah rasa hati ini sebagai wakil suara bisuku.
Sunday, August 22, 2010
~tEnAnGlAh WaHaI hAtI~
Setiap hari kita ketawa. Setiap hari kita jumpa kawan. Setiap hari kita dapat apa yang kita nak.
Tapi..kenapa hati kita tak gembira?
Kita sembahyang setiap hari. Kita berdoa selalu pada Allah. Kita mintak sungguh-sungguh pada Allah. Tapi..kenapa susah sangat doa kita nak makbul? Sedangkan Allah ada berfirman. "Berdoalah pada Ku, nescaya akan Ku kabulkan...,"
Apa masalah kita?
Hati kita tak gembira sebab kita tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita tak pernah nak menghargai setiap nikmat yang kita dapat. Kita asyik memikirkan benda yang kita tak ada, sampai kita lupa melihat nikmat sekeliling kita.
Kita berdoa, tapi kenapa payah sangat doa kita Allah nak makbulkan?
Sebab kita asyik meminta pada Allah, tapi kita tak pernah mintak ampun pada Allah, sedangkan dosa-dosa kita terlampau banyak pada Allah. Alangkah tidak malunya kita. Kita merintih, kita merayu agar Allah makbulkan doa kita. Tapi, lepas kita dapat kesenangan kita lupa pada Allah, kita tak bersyukur pada Allah. Bila dah datang kesusahan, baru nak ingat Allah balik. Baru nak menangis, merintih..mintak Allah pandang kita. Macam mana Allah nak makbulkan doa kita?
Cuba kita renung diri kita. Cuba hitung, berapa kali kita sebut kalimah syukur dalam satu hari? Tak payah seminggu, cukuplah sehari sahaja. Berapa kali agaknya? Itupun kalau ada sebut la..
Pernah kita bangun malam, solat sunat...solat tahajud..solat taubat? Pernah? Ada...waktu zaman sekolah dulu. Itupun, lepas kene ketuk dengan warden, suruh bangun. Lepas tu...ada? Ada...time dah nak exam...waktu rasa result macam ada aura nak fail. Siap buat solat hajat lagi! Lepas dapat result tu, ada tak buat sujud syukur? Hmm...entah la, tak ingat pulak.
Hari-hari kita buat baik. Kita tolong orang. Kita sedekah dekat orang. Kita buat macam-macam. Tapi kenapa kita tak dapat nak rasa kemanisan setiap perbuatan yang kita lakukan tu? Hati kita tetap jugak tak tenang. Kenapa ye? Sebab dalam hati kita tak ada sifat ikhlas. Mulut cakap ikhlas, hati kata lain. Macam mana tu? Kita tolong orang sebab nak harapkan balasan. Nakkan pujian. Nakkan nama. Kita riak dengan setiap kebaikan yang kita buat. Macam mana hati nak tenang? Bila dapat kejayaan, kita bangga dengan apa yang kita ada. Mula nak menunjuk-nunjuk dekat orang. Sampai lupa siapa sebenarnya yang bagi kejayaan tu dekat kita.
Alangkah tidak malunya kita..., Allah ciptakan kita sebagai khalifah di bumi ni. Kitalah sebaik-baik kejadian yang Allah pernah ciptakan sehinggakan semua makhluk sujud pada bapa kita, Nabi Adam kecuali Iblis Laknatullah. Betapa Allah muliakan kejadian manusia. Tapi, kita sendiri tidak memelihara diri kita. Kita lupa tanggungjawab kita sebagai hamba. Kita lupa kepada yang mencipta diri kita. Bahkan, kita alpa dengan nikmat yang ada. Nabi Muhammad s.a.w, pada saat malaikat ingin mencabut nyawa Baginda, Baginda masih memikirkan umat-umatnya. Ummati! Ummati! Sampai begitu sekali sayang Rasulullah pada kita. Tapi kita....? Kita lupa pada Baginda Rasul. Berat benar lidah kita nak berselawat ke atas baginda. Macam mana hati kita nak tenang?
Lembutkanlah hati kita. Tundukkan lah diri kita pada Allah. Bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan pada kita. Semua itu tidak akan kekal. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik semua itu. Ikhlas kan lah hati dalam setiap perkara yang kita buat.
Sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang berkuasa menilai keikhlasan hati kita. Insya Allah, kita akan dapat merasai kelazatan halawatul iman itu sendiri. Tenanglah dikau wahai hati...
Saturday, August 21, 2010
"HIKMAH" penyakit yang datang^ ^
entry kali nie kiter nak citer sket naper Allah bagi kiter sakit erk??? seringkali kiter dengar orang mengeluh, "kenapalah asyik aku jer yg sakit ni??? "bilalah sakit aku ni nak sembuh???" "kenapalah itu??mengapakah ini??? & macam2 lagilah, sampai terkadang bunyinya jer da macam menyalahkan takdir yang Allah da tentukan tuk kiter... kenapa tidak tuk kiter cuba muhasabah balik diri kiter nie, kenangkan balik dosa2 yang telah lalu, mungkin dari sakit tu Allah nak tunjuk kat kiter yang kiter ni da mula leka & lalai dalam menjalankan perintahNya, mungkin kiter terlupa dan terlepas pandang sedikit lantaran masa yang mencemburui kiter saban waktu, tapi cuba ambil hikmah yang terdapat dalam kesakitan yang Allah da bagi mungkin DIA cuba bagi kiter kesempatan tuk kiter menjahit kembali sejadah iman kiter yang terkoyak, tercarik agar kesempatan tersebut dapat kiter manfaatkan sewajarnya... hmmm, jom kiter tengok apa antara hikmahnya sakit yang Allah bagi tu, xkira lah sakit dari sudut fizikalnya, emosi (tekanan perasaan, stress & dll) apa2 pun muga kiter kembali mengenal diri, mengenang dosa2 yg lalu & perbaikinya...
*sekadar ingatan untuk diri ini juga!!!
1. Mendidik dan menyucikan jiwa dari keburukan.
Allah Ta'ala berfirman, ertinya, “Apa saja musibah yang menimpa kamu maka disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” (QS asy Syura: 30)
Dalam ayat ini terdapat khabar gembira sekaligus ancaman jika kita mengetahui bahwa musibah yang kita alami adalah merupakan hukuman atas dosa-dosa kita. Imam al Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah bahwa Nabi S.A.W bersabda: ”Tidak ada penyakit, kesedihan dan bahaya yang menimpa seseorang mukmin hinggga duri yang menusuknya melainkan Allah akan mengampuni kesalahan-kesalahannya dengan semua itu.”
Dalam hadis lain beliau bersabda: “Cubaan senantiasa akan menimpa seorang mukmin, keluarga, harta dan anaknya hingga dia bertemu dengan Allah dalam keadaan tidak mempunyai dosa.” Sebahagian ulama salaf berkata, “Kalau bukan kerana musibah-musibah yang kita alami di dunia, nescaya kita akan datang di hari kiamat dalam keadaan pailit.”
2. Mendapatkan kebahagiaan (pahala) tak terhingga di akhirat.
Itu merupakan balasan dari sakit yang dideritai sewaktu di dunia, sebab kegetiran hidup yang dirasakan seorang hamba ketika di dunia akan berubah menjadi kenikmatan di akhirat dan sebaliknya. Rasulullah bersabda, ”Dunia adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.” Dan dalam hadis lain disebutkan, ”Kematian adalah hiburan bagi orang beriman.” (HR .Ibnu Abi ad Dunya dengan sanad hasan). At Tirmidzi meriwayatkan dari Jabir secara marfu’, ”Manusia pada hari kiamat menginginkan kulitnya dicabik-cabik ketika di dunia kerana iri melihat pahala orang-orang yang ditimpa cubaan.”
3. Allah dekat dengan orang sakit.
Dalam hadis qudsi Allah berfirman: ”Wahai manusia, si fulan hamba-Ku sakit dan engkau tidak membesuknya. Ingatlah seandainya engkau membesuknya nescaya engkau mendapati-Ku di sisinya.” (HR Muslim dari Abu Hurairah)
4. Sebagai parameter kesabaran seorang hamba.
Sebagaimana dituturkan, bahwa kalau seandainya tidak ada ujian maka tidak akan nampak keutamaan sabar. Apabila ada kesabaran maka akan muncul segala macam kebaikan yang menyertainya, namun jika tidak ada kesabaran maka akan lenyap pula kebaikan itu.
Anas Radhiallaahu anhu meriwayatkan sebuah hadis secara marfu’, “Sesungguhnya besarnya pahala tergantung pada besarnya cubaan. Jika Allah mencintai suatu kaum maka Dia akan mengujinya dengan cubaan. Barang siapa yang redha atas cubaan tersebut maka dia mendapat keredhaan Allah dan barang siapa yang berkeluh kesah (marah) maka ia akan mendapat murka Allah.”
Apabila seorang hamba bersabar dan imannya tetap tegar maka akan ditulis namanya dalam kalangan orang-orang yang sabar. Apabila kesabaran itu memunculkan sikap redha maka ia akan ditulis dalam kalangan orang-orang yang redha. Dan jikalau memunculkan pujian dan syukur kepada Allah maka dia akan ditulis namanya bersama-sama orang yang bersyukur. Jika Allah mengurniakan sikap sabar dan syukur kepada seorang hamba maka setiap ketetapan Allah yang berlaku padanya akan menjadi baik semuanya. Rasulullah bersabda, “Sungguh menakjubkan kondisi seorang mukmin, sesungguhnya semua urusannya adalah baik baginya. Jika memperoleh kelapangan lalu ia bersyukur maka itu adalah baik baginya. Dan jika ditimpa kesempitan lalu ia bersabar maka itupun baik baginya (juga).”
5. Dapat memurnikan tauhid dan memautkan hati kepada Allah.
Wahab bin Munabbih berkata, “Allah menurunkan cubaan supaya hamba memanjatkan do’a dengan sebab bala itu.” Dalam surah Fushilat ayat 51 Allah berfirman, ertinya, “Dan apabila Kami memberikan nikmat kepada manusia, ia berpaling dan menjauhkan diri; tetapi apabila ia ditimpa malapetaka maka ia banyak berdo’a.”
Musibah dapat menyebabkan seorang hamba berdoa dengan sungguh-sungguh, tawakkal dan ikhlas dalam memohon. Dengan kembali kepada Allah (inabah) seorang hamba akan merasakan manisnya iman, yang lebih nikmat dari lenyapnya penyakit yang diderita. Apabila seseorang ditimpa musibah baik berupa kefakiran, penyakit dan lainnya maka hendaknya hanya berdo’a dan memohon pertolongan kepada Allah saja sebagaimana dilakukan oleh Nabi Ayyub A.S yang berdoa, “Dan (ingatlah kisah) Ayub, ketika ia menyeru Rabbnya, ”(Ya Rabbku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang”. (QS. Al Anbiyaa :83)
6. Memunculkan berbagai macam ibadah yang menyertainya.
Di antara ibadah yang muncul adalah ibadah hati berupa khasyyah (rasa takut) kepada Allah. Berapa banyak musibah yang menyebabkan seorang hamba menjadi istiqamah dalam agamanya, berlari mendekat kepada Allah menjauhkan diri dari kesesatan. Amat banyak hamba yang setelah di timpa sakit ia mahu memulai bertanya persoalan agamanya, mulai mengerjakan solat dan berbuat kebaikan, yang kesemua itu tak pernah ia lakukan sebelum menderitai sakit. Maka sakit yang dapat memunculkan ketaatan-ketaatan pada hakikatnya merupakan kenikmatan baginya.
7. Dapat mengikis sikap sombong, ujub dan besar kepala.
Jika seorang hamba kondisinya serba baik dan tak pernah ditimpa musibah maka biasanya ia akan bertindak melampaui batas, lupa awal kejadiannya dan lupa tujuan akhir dari kehidupannya. Akan tetapi ketika ia ditimpa sakit, mengeluarkan berbagai kotoran, bau tak sedap,dahak dan terpaksa harus lapar, kesakitan bahkan mati, maka ia tak mampu memberi manfaat dan menolak bahaya dari dirinya. Dia tak akan mampu menguasai kematian, terkadang ia ingin mengetahui sesuatu tetapi tak kuasa, ingin mengingat sesuatu namun tetap saja lupa. Tak ada yang dapat ia lakukan untuk dirinya, demikian pula orang lain tak mampu berbuat apa-apa untuk menolongnya. Maka apakah pantas baginya menyombongkan diri di hadapan Allah dan sesama manusia?
8. Memperkuat harapan (raja’) kepada Allah.
Harapan atau raja’ merupakan ibadah yang sangat utama, kerana menyebabkan seorang hamba hatinya tertambat kepada Allah dengan kuat. Apalagi pada penderita sakit yang telah sekian lama berubat kesana kemari namun tak kunjung sembuh. Maka dalam kondisi seperti ini satu-satunya yang jadi tumpuan harapan hanyalah Allah semata, sehingga ia mengadu: “Ya Allah tak ada lagi harapan untuk sembuhnya penyakit ini kecuali hanya kepada-Mu.” Dan banyak terbukti ketika seseorang dalam keadaan kritikal, ketika para doktor sudah angkat tangan namun dengan permohonan yang sungguh-sungguh kepada Allah ia dapat sembuh dan sihat kembali. Dan ibadah raja’ ini tak akan wujud dengan utuh dan sempurna jika seseorang tidak dalam keadaan kritikal.
9. Merupakan indikasi bahwa Allah menghendaki kebaikan.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah secara marfu’ bahwa Rasulullah bersabda, ”Barang siapa yang dikehendaki oleh Allah kebaikan maka Allah akan menimpakan musibah kepadanya.” (HR al Bukhari). Seorang mukmin meskipun hidupnya sarat dengan ujian dan musibah namun hati dan jiwanya tetap sihat.
10. Allah tetap menulis pahala kebaikan yang biasa dilakukan oleh orang yang sakit.
Meskipun ia tidak lagi dapat melakukannya atau dapat melakukan namun tidak dengan sem-purna. Hal ini kerana seandainya ia tidak terhalang sakit tentu ia akan tetap melakukan kebajikan tersebut, maka sakinya tidaklah menghalangi pahala meskipun menghalanginya untuk melakukan amalan. Hal ini akan terus berlanjutan selagi dia (orang yang sakit) masih dalam niat atau janji untuk terus melakukan kebaikan tersebut. Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnadnya dari Abdullah bin Amr dari Rasulullah S.A.W, ”Tidak seorangpun yang ditimpa bala pada jasadnya melainkan Allah memerintahkan kepada para malaikat untuk menjaganya, Allah berfirman kepada malaikat itu, “Tulislah untuk hambaKu siang dan malam amal soleh yang (biasa) ia kerjakan selama ia masih dalam perjanjian denganKu.”
11. Sakit dapat menghantarkan ke manzilah (kedudukan) tertentu di Syurga.
Terkadang seorang hamba memiliki manzilah di Syurga, akan tetapi amalnya tidak dapat mengantarkannya ke sana maka Allah menimpakan kepadanya berbagai ujian secara bertubi-tubi sehingga sampailah ia kepada manzilah tadi, sebagaimana dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh imam Ibnu Hibban dari Abu Hurairah.
12. Dengan sakit akan diketahui besarnya makna sihat.
Jika seseorang selalu dalam keadaan sihat maka ia tidak akan mengetahui derita orang yang tertimpa cubaan dan kesusahan, dan ia tidak akan tahu pula besarnya nikmat yang ia peroleh. Maka ketika seorang hamba sakit, ia ingin agar bisa segera pulih sebagaimana kondisi semula ketika sihat, sebab setelah sakit itulah ia akan tahu apa ertinya sihat.
Hendaknya seorang hamba bersabar dan memuji Allah ketika tertimpa musibah, sebab walaupun ia sedang sakit maka tentu masih ada orang lain yang lebih parah, dan jika tertimpa kefakiran maka pasti ada yang lebih fakir lagi. Hendaknya ia melihat sakit yang diderita dengan nikmat yang telah diterima dan dengan memikirkan faedah dan manfaat dari sakitnya. Dalam urusan agama seseorang harus memandang yang diatasnya agar tidak merasa bahwa dirinyalah orang yang terbaik, sedang dalam urusan dunia ia harus memandang orang yang ada di bawahnya agar menimbulkan rasa syukur dan melahirkan pujian kepada Allah.
13. Bagi seorang hamba (muslim) sakit merupakan rahmat bukan siksa.
Firman Allah, artinya. “Mengapa Allah akan menyiksamu, jika kamu bersyukur dan beriman Dan Allah adalah Maha Mensyukuri lagi Maha Mengetahui.” (QS. an Nisaa:147)
Akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengenal Allah dan hikmahNya, meskipun demikian Allah tetap menyayanginya kerana itu semua disebabkan ketidak tahuan, kelemahan dan kekurangannya.
p/s>> muga dapat kiter manfaatkan bersama..=)
Sunday, August 15, 2010
Perbaiki Kamus Cintamu Wahai Wanita!!!!
Hanyir.
Loya.
Hambar.
Ketika remaja seusianya sibuk mengejar bintang, mengatur masa depan,
Dia hanya mampu terbaring lesu.
Benaknya kosong, perutnya membusung.
Dia datang dengan loya yang disangka biasa
ternyata ada makhluk kecil yang ingin memberitahu kewujudannya.
Kalau pada suami isteri, ia adalah khabar gembira, Rezeki Yang Maha Kuasa.
Tapi buat beliau, ia ibarat gegak gempita, petir tengahari buta.
Pejantannya jauh di Kuala Lumpur, yang semakin susah dihubungi sejak kebelakangan ini. Jangan perkataan menikah, bertanya khabar saja tidak.
Potret ini bukan sedikit, tapi banyak, baru 7 minggu di bahagian Sakit Puan, kes yang serupa hampir mencecah angka 30. Dari 30, hanya sedikit yang mahu bertanggungjawab.
Ketika ini
Rambut yang dulunya direbonding, disikat pun tidak.
Badan yang dulunya disiram pewangi dari neraka, kononnya menambah wibawa merangsang arjuna, kini busuk, hanyir dan berdaki.
Lekuk tubuh? Kulit mulus? Kembang, kusam, bengkak tidak terawat.
Ketahuilah wanita, setiap inci tubuhmu yang kau biarkan disentuh lelaki yang tidak layak akan membuatkan dirimu murah dan semakin murah sebelum akhirnya tiada harga.
Tiap kali kau mahu telanjang tetapi berpakaian
Fikir dahulu, apa bezamu dengan pelacur jalanan
Yang setidaknya dibayar.
Kami, kaum lelaki
Kalau tiada iman
Lebih binatang dari binatang
Lebih busuk dari longkang.
Kalau boleh jujur,
bukan kami, lelaki yang akan mengusung buah haram tersebut kesana kemari.
Bukan kami juga yang akan merasa sakit, perit ketika bersalin nanti.
Bertanggungjawab? Untuk apa? Sama sama menanggung malu? Sama sama menjadi tohmahan orang sekeliling?
Lebih baik kami pergi, mencari kekasih hati yang lain. Lagipun, bukan ada tanda kalau kami sudah pernah hilang teruna. Malah dalam agama, tidak ada kewajipan untuk seorang lelaki mengahwini perempuan yang telah dizinahi. Kalaupun anak tersebut lahir, haram dibinkan dengan nama kami. Jadi sekali lagi, untuk apa?
It’s such an easy choice.
Jadi
Perbaikilah kamus cintamu wahai wanita.
Lelaki yang Gentleman bukanlah yang membukakan pintu kereta untukmu ketika kalian hendak berkhalwat (dating)
Lelaki yang romantik bukanlah yang menyanyikan untukmu lagu cinta yang membuatkanmu cair; luluh bersama maruah dan kehormatanmu.
Tetapi lelaki yang Gentleman dan Romantik, adalah lelaki yang tidak akan menyentuhmu, jiwa dan raga, dengan perbuatan mahupun kata kata, sebelum dia mampu bersumpah didepan Allah dan manusia, untuk menjagamu dan zuriatmu sampai ke syurga.
It’s your call.
********************************************
Abu Farhat
semuga BAHAGIA itu akan bersamaku satu hari nanti^^
SESUNGGUHNYA, kebahagiaan adalah dambaan setiap manusia yang menghuni dunia ini. Sebab itu setiap orang sentiasa berusaha untuk mencari dan mendapatkan kebahagiaan dengan pelbagai cara.
Namun tidak semua manusia mampu mencapai impiannya atau memperoleh kebahagiaan yang dicari dan yang dicita-cita itu.
Lalu, di manakah terletaknya kebahagiaan itu? Apakah pada wang yang banyak, harta yang melimpah, emas yang bertimbun atau pada pangkat, bangsawan atau kerusi yang empuk?
Dalam hadis, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Empat perkara yang membawa kebahagiaan kepada manusia, iaitu (memiliki) perempuan (isteri) yang solehah, rumah yang bagus (luas), jiran yang baik, dan kenderaan yang bagus.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban).
Berdasarkan hadis ini, ada empat faktor atau kunci yang jika dimiliki oleh seseorang, tentu dia akan merasai nikmat bahagia.
Namun tidak bererti hanya yang empat itu saja faktor yang membawa kebahagiaan. Apa yang Rasulullah nyatakan menerusi hadis itu hanyalah sekadar menunjukkan keutamaannya.
Rasulullah meletakkan isteri yang baik pada urutan pertama sebagai faktor kebahagiaan seseorang. Isteri yang solehah akan memberikan ketenangan kepada suami.
Rumah ibarat syurga jika memiliki isteri yang solehah. Antara sifat isteri solehah ialah hormat dan patuh kepada suami sepanjang suami mengikuti jalan kebenaran, melayan suami dengan baik dan penuh sopan, sentiasa menutup aurat, memasak dan menghidangkan makan minum untuk suami, mendidik anak-anak agar anak juga terselamat daripada godaan duniawi, bersikap mesra dalam berhubungan dengan kaum keluarga, menjaga rahsia rumah tangga, tidak keluar rumah tanpa izin suami dan banyak lagi sifat lain.
Allah melukiskan menerusi al-Quran mengenai sifat isteri yang solehah, menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Maka perempuan-perempuan yang baik (solehah) itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipeliharanya) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolongan-Nya.”(Surah an-Nisaa’ ayat 34).
Ibnu Abbas mengemukakan dua ciri khas mengenai pengertian as-solehah (isteri yang soleh) iaitu mempunyai perilaku baik (berakhlak/sopan) terhadap suami, dan mengerjakan perbuatan kebajikan.
Makna isteri setia dalam ayat itu ialah patuh dan jujur terhadap suami kerana Allah.
Seterusnya, Nabi Muhammad memperincikan tiga sifat isteri solehah, menerusi sabda yang bermaksud: “Sebaik-baik perempuan (isteri) ialah yang menggembirakan engkau sewaktu engkau melihatnya; yang patuh apabila kamu perintahkan dia (dalam hal kebaikan); yang menjaga dirinya dan harta milikmu semasa ketiadaanmu di rumah.”
Isteri yang menggembirakan suami atau yang bermuka manis bukan bermakna wajah cantik semata-mata. Biar wajah kurang menarik, tetapi jika selalu menguntum senyum, tinggi pekerti, memancar dari keningnya cahaya iman dan keikhlasan, itulah isteri solehah yang meriangkan suami.
Isteri walaupun cantik, tetapi jika wajahnya selalu mencuka, buruk pekertinya, kening selalu berkerut, tidak akan dapat memikat hati suami.
Demikianlah juga halnya dengan soal patuh dan memelihara amanah suami yang Nabi utarakan dalam hadis ini.
Selain faktor isteri, rumah yang luas, bagus atau indah juga akan memberi kebahagiaan kepada penghuninya.
Bagaimanapun, kebahagiaan dengan memiliki rumah yang besar dan indah itu akan tercapai sepenuhnya jika disertai dengan hati yang tenang dan damai. Jika hati tidak tenteram, rumah yang luas dan indah akan terasa sempit dan tidak akan merasa bahagia.
Rumah adalah tempat berteduh malah menjadi syurga bagi mereka yang beriman. Di rumah juga seseorang akan memperoleh ketenangan dan kebahagiaan, apalagi jika didampingi isteri solehah.
Jika rumah diibaratkan istana, maka suami adalah raja, isteri solehah adalah ratu dalam rumah tangga, manakala anak-anak adalah rakyat.
Allah berfirman yang bermaksud: “Allah menjadikan untuk kamu rumah sebagai tempat tinggal (tempat ketenangan).” (Surah an-Nahl, ayat 80).
Jiran yang baik juga menjadi faktor penting kebahagiaan. Seseorang akan merasa sangat bahagia jika mempunyai jiran yang baik budi, murah hati, dermawan, saling menghormati, bertolak ansur, suka menolong dan memberi perhatian.
Jiran baik tidak akan memberi sebarang gangguan kepada kita, sama ada melalui perbuatan mahupun lisan atau ucapan; dan tidak merasa irihati dengan kelebihan yang dimiliki kita.
Malah, jiran yang baik akan tumpang gembira dan mengucapkan tahniah dengan kejayaan yang kita peroleh, dan menghulurkan pertolongan jika kita ditimpa sesuatu musibah.
Oleh itu, sekiranya kita memperoleh jiran jenis ini, kita harus memiliki sifat sedemikian kepada orang lain yang menjadi jiran, agar mereka turut merasa bahagia seperti mana kita rasai.
Kenderaan yang bagus juga adalah faktor kebahagiaan. Setiap orang mengidamkan kenderaan yang bagus atau baru, seperti kereta, motosikal dan sebagainya.
Sifat manusia memang suka kepada kebendaan. Kenderaan yang baru atau bagus akan dapat membawa seseorang ke merata tempat yang disukainya tanpa memikirkan soal kerosakan dan sebagainya, berbanding dengan kenderaan yang lama atau buruk yang mana tiada jaminan keselesaan sepanjang perjalanan.
Namun dalam soal kenderaan ini, orang beriman harus berwaspada atau berhati-hati, iaitu agar tidak sampai kenderaan itu memperbudak atau seolah menjadi ’tuan’ kepadanya.
Sudah kebiasaan bahawa kenderaan yang baru atau bagus itu akan sentiasa diberi perhatian oleh pemiliknya, seperti selalu dibasuh, diperiksa atau dibersihkan. Bagaimanapun, janganlah sampai semua urusan itu melebihi tumpuan untuk beribadat kepada Allah.
Apabila kenderaan lebih diutamakan daripada diri sendiri, bermakna kenderaan itu sudah menjadi tuan yang memperbudakkan pemiliknya sendiri.
Kenderaan yang bagus tidak semestinya baru. Ia adalah nikmat Allah yang harus dimanfaatkan untuk kebaikan seperti lebih rajin beribadat di masjid, mengunjungi majlis ilmu atau membawa keluarga beristirehat. Janganlah hendaknya ia digunakan untuk kerap ke tempat maksiat atau melakukan perbuatan yang tidak diredhai Allah.
************************************************************
Drs Wan Aminurrashid
~DuHaI sAhAbAt SeJaTiKu~
Wahai sahabatku,
Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki. Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah. Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah. Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah. Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia hanya kerana kita dapat melihat kecantikan manusia dan kita tidak dapat melihat Allah, kita cuma merasa dan melihat kecantikan segala ciptaan-Nya. Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat segala kecantikan itu adalah milik Allah. Jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta. Maka engkau akan lebih tenang menerima segala penolakan.
Wahai sahabatku,
Hati kita meronta untuk mencintai dan dicintai. Alangkah remuk redamnya hati tatkala apa yang kita cintai tidak kita miliki. Alangkah kecewanya jiwa tatkala cinta kita tidak dibalas oleh orang yang kita cintai. Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah. Kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang, tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa ia kepada seseorang. Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai? Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah, kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan kepada kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang kita lalui. Bukankah Allah lebih layak untuk murka kepada kita kerana kita tidak membalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya?
Wahai sahabatku,
Allah menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Yakinlah akan janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Perbaikilah setiap inci kehidupanmu agar engkau termasuk di kalangan orang yang beroleh pasangan yang baik. Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki. Boleh jadi engkau cintakan sesuatu tetapi ia buruk bagimu dan begitu juga sebaliknya. Pada setiap persimpangan kehidupanmu, apakah engkau merasakan bahawa Allah tiada bersamamu? Bahkan dia sentiasa mendengar dan melihatmu. Persoalannya, apakah engkau sudah merintih pada-Nya, meminta pada-Nya dan memperlihatkan apa yang sepatutnya kepada –Nya? Aku berlindung dengan Allah daripada menjadi hamba yang kufur dan lupa diri.
Wahai sahabatku,
Sungguh cinta itu telah menjadi faktor yang dapat mengubah sesuatu kepada lebih baik atau sebaliknya. Ada manusia biasa yang berubah menjadi wali kerana kuasa cinta, dan ada pula yang bisa menjadi hina kerana dikuasai cinta. Ya, tamadun itu berkembang dan boleh jadi hancur kerana cinta. Tidakkah engkau melihat Taj Mahal yang terbina kerana cinta? Sebaliknya, ada pula yang membunuh kerana cinta. Persoalanku kepadamu, apakah engkau ingin berubah kerana cinta ke arah Redha Allah atau mungkin lebih jauh daripada Allah?
Wahai sahabatku,
Aku tidak mengatakan bahawa aku mengetahui segala isi hatimu atau segala kekacauan yang mengisi jiwamu. Aku cuma ingin berpesan agar engkau tidak meletakkan keinginanmu lebih tinggi daripada ketentuan Allah. Aku ingin engkau mengerti bahawa milik Allahlah segala kejadian. Kemudiannya aku ingin engkau membawa kefahaman tersebut kepada pengamalan dalam kehidupan yang kau lalui agar ia hidup bersamamu di dalam setiap inci kehidupan. Janganlah engkau mengatakan bahawa engkau mentaati Allah di saat hidupmu bergelumang dengan jahiliah. Aku juga sepertimu, anak muda yang bergelora jiwanya. Maka aku berpesan kepadamu agar aku juga dipelihara Allah daripada segala penyelewengan dalam memahami hakikat cinta. Aku memohon keampunan kepada Allah atas segala kesalahan yang kuungkapkan dan kumohon kau doakanlah kebahagiaanku di dunia dan di akhirat. Moga kita dipertemukan Allah untuk hidup di syurga yang kekal selama-lamanya.
Wahai sahabatku yang kecewa,
Bersabarlah…
Friday, August 13, 2010
Istimewanya RAMADHAN^ ^
Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, mendirikan solat, berpuasa dibulan Ramadhan, satu kebenaran atas Allah memasukkannya ke syurga.”
[HR Bukhari, (3581) Al-Jihad]
Rasulullah SAW bersabda:
“Puasa itu perisai (penyelamat) dari azab Allah.”
[HR Ahmad (17233), 38. HR Ahmad dan Baihaqi]
Rasulullah SAW bersabda:
“Tidaklah ada seorang hamba berpuasa di jalan Allah kecuali Allah jauhkan dia dari neraka sejauh tujuh puluh musim (tujuh puluh tahun).”
[HR Bukhari , (6/35). Muslim, (1153)]
Rasulullah SAW bersabda:
“Puasa itu perisai (yang menyelamatkan diri dari api neraka), apabila seorang kamu berpuasa, janganlah berkata-kata keji, jangan berlaku jahil, jika ada seseorang memakinya atau mahu membunuhnya, katakanlah aku berpuasa.”
[HR Ahmad, (7714)]
Rasulullah SAW bersabda:
“Fitnah seseorang itu dalam keluarga, harta dan jirannya, boleh dihapuskan oleh Solat, puasa dan sedekah.”
[HR Bukhari (2/670). Muslim, (144)]
perkara yang TIDAK membatalkan puasa=)
2. Tidak membatalkan puasa orang yang berkumur-kumur dan memasukkan air ke hidung ketika berwuduk. Namun dilarang juga dari berlebih-lebihan memasukkan air ke hidung bagi orang yang berpuasa. [HR Tirmidhi (3/146). Abu Daud (2/308). Ahmad (4/32). Ibnu Abi Syaibah (3/101). Ibnu Majah (407). Nasaii (87). Sanadnya Sahih.]
3. Tidak membatalkan puasa orang yang membasahkan badan, menjirus air ke atas kepala atau mandi, seperti dalam keadaan kepanasan. [HR Abu Daud dalam sunannya (2365). Ahmad dalam musnadnya (5/376,380,408,430). Sanadnya Sahih. Disahihkan oleh Al-Albani dalam Sahih Sunan Abu Daud (2/61). HR Bukhari (2/881). Mukhtasar Sahih Al-Bukhari (hlm 451).]
4. Tidak membatalkan puasa orang yang merasa makanan selagi tidak sampai ke tenggoroknya (tidak ditelan). [HR Bukhari (4/154). Ibnu Saibah (3/47). Baihaqi (4/261). Hadis Hasan. Tagliqut Ta’liq (3/151-152).]
5. Dibolehkan berbekam. [HR Bukhari (4/155). Fathul Bari.]
6. Dibolehkan bersiwak atau menggosok gigi pada bila-bila masa. [HR Bukhari (2/311). Muslim (252). Fathul Bari (4/158). Syarah Sunnah (6/298). Sahih Ibnu Khuzaimah (3/247)]
7. Dibolehkan berkeadaan junub (berhadas besar), sama ada kerana bersetubuh, haid atau nifas dan tidak mandi hadas sehinggalah masuk fajar. [Al-Baqarah (2:187). HR Bukhari (4/123). Muslim (1109).]
8. Dibolehkan bercium, bercumbu atau bemesra dengan isteri. Iaitu sekiranya ia mampu mengawal nafsunya dari terlanjur (bersetubuh) atau terkeluar air mani. [HR Bukhari (4/131). Muslim (1106). HR Ahmad dalam Musnad (2/185,221). Disahihkan oleh Al-Albani dalam Silsilah as-Sahihah (4/138).]
9. Menitiskan ubat ke lubang telinga tidak membatalkan puasa sebagaimana salah satu pendapat dalam Mazhab as-Syafie dan dibolehkan juga oleh Ibn Hazm. [Al Muhalla (6/203=204).]
10. Menggunakan oksigen. Tidak membatalkan puasa sama ada puasa wajib atau puasa sunnah bagi seseorang yang menggunakan oksigen. Termasuklah penggunaan tabung oksigen untuk juruselam di dasar lautan. [Majmu’ Fatawa (15/272-273). Ibn Bazz. Majmu’ Fatawa (19/212-213). Ibn Uthaimin.]
11. Menggunakan alat bronkhodiator. Iaitu sebuah alat untuk tujuan rawatan bagi penghidap penyakit semput, asma atau sesak nafas. [Majmu’ Fatawa (15/265). Ibn Bazz. Majmu’ Fatawa (19/209-210 Ibn Uthaimin. Fatwa Islamiyah (2/131).]
>>> sekadar perkongsian bersama^^
Tuesday, August 10, 2010
Ramadhan kembali menjengah kita...
Esok nak sambut Ramadhan dah, sekejap jerr masa berlalu kan.. tapi kenangan Ramadhan yang lepas betul2 berbekas di hati aku & aku xkan lupa sampai bila2.. hmm, tahun ni macam biasa jer lar sambut Ramadhan kat kolej lagi & insya Allah Ramadhan terakhir kami disini sebelum tamatkan pengajian bulan 4 tahun depan, apa yang bezanya Ramadhan kali nie, 1st day sambut kat kolej kalau ikutkan hati nak jer balik rumah tapi memandangkan puasa jatuh pada hari Rabu & Khamis plak ader klaz & presentation tuk subjek Fiqh Qadha’ aku batalkan niat nak balik. Lagipun takkan lar asyik nak balik jer kan?? Hmm, suasana kat kolej pulak lain ceritanya.. orang sibuk duk tunggu nak sambut Ramadhan yang dieorang kat sini da sibuk duk pasang lagu raya plak.. ish!ish!ish! sampai balik kelas tadi ader lar dengar suara sumbang yang cakap “wey, puasa pun belum start lagi lar” huhuhu… macam2 ragam dieorang ni sume… tapi, e2 hak masing2 lar aku xmo komen lebih2 takut nanti aku pun terikut samer plak..heeee~ tahun nie sambut puasa ngan housemate baru!!! aku ader ibu, kak ema, kak teh, pika, tika n my luvly habla.. happy sangat duk ngan dieorang walau kadang2 teringat jugak ngan peristiwa yang lepas.. tipulah kalau aku da lupa sume benda yang da jadi, xsemudah tu aku nak buang sume kenangan tu.. kata orang memaafkan perbuatan seseorang tu lebih mudah dari melupakan apa yang dia lakukan!!!! I keep on trying 2 forgive and forget everything.. aku tetap percaya setiap daripada kejadian yang Allah ciptakan tu ader hikmah yang tersembunyi.. dan aku kan tetap setia menanti apakah hikmahnyer sume yang berlaku ni.. jadi sempena Ramadhan yang bakal menjelang ni aku betul2 mengharapkan sesuatu yang baik akan berlaku dan merubah semua yang keruh menjadi jernih kembali walau kejernihannya xsebaik warna yang asal.. harapnya jugak Ramadhan kali ni aku dapatlah nak top up amal ibadah banyak2 dan dapat manfaatkan Ramadhan kali ni sebaik mungkin, harapnya dapat perbaiki apa yang kurang pada Ramadhan yang lepas2 dengan amalan yang berlipat kali ganda… insya Allah=) ahlan, ahlan ya Ramadhan.. aku menantimu dengan penuh rasa kesyukuran… muga Ramadhan kali ni bukanlah Ramadhan terakhir buat kita semua..=_=
“Andai ini Ramadhan terakhir buat kami :“Jadikanlah ia Ramadhan yang paling bererti…paling berseri…menerangi kegelapan hati kami menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayangMu Ya Ilahi, muga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti”
Ya Allah, Engkau ampunkanlah segala dosa yang telah kami lakukan di dunia ini samada yang kami sedari atau tidak kami sedari”
“MARHABAN YAA RAMADHAN”
Wednesday, August 4, 2010
TeRiNgAt PeSaNaN dArI uStAzAh DaLaM kElAs TaDI...
“..membuka pintu maaf yang setulus-tulusnya pada
orang yang menyakitimu. Jika kamu masih merasa sakit hati padahal dia
sudah
minta maaf maka itu bererti kamu belum benar-benar memaafkannya. Salah
satu ciri
kita telah tulus memaafkan orang lain adalah jika kita tidak lagi
terbelenggu
oleh rasa sakit hati kita kerana perbuatan orang lain itu. Memberi maaf
itu
mampu membuka belenggu2 sakit hati. Mampu menyingkirkan kebencian. Dan
memaafkan
adalah kekuatan yang sanggup menghancurkan rasa mementingkan diri
sendiri!
Ketika kita memberi maaf, itu tidak bererti kita
lebih rendah atau kalah. Justeru ketika kamu memberi maaf, kamu telah
menang dan
kedudukanmu lebih terhormat dibandingkan orang yang kamu beri maaf…”
Indahkah malam pertama kita??? Di.....
Tuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa
Justru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara
Hari itu…mempelai sangat dimanjakan
Mandipun…harus dimandikan
Seluruh badan Kita terbuka….
Tak Ada sehelai benangpun menutupinya. .
Tak Ada sedikitpun rasa malu…
Seluruh badan digosok Dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang – lubang itupun ditutupi kapas putih…
Itulah sosok Kita….
Itulah jasad Kita waktu itu
Setelah dimandikan.. .,
Kitapun kan dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu …jarang orang memakainya..
Karena bermerk sangat terkenal bernama Kafan
Wewangian ditaburkan ke baju Kita…
Bagian kepala..,badan. .., Dan kaki diikatkan
Tataplah…. tataplah. ..itulah wajah Kita
Keranda pelaminan… langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian…
Mempelai di arak keliling kampung bertandukan tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah gontai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin…
Berwalikan liang lahat..
Saksi – saksinya nisan-nisan. .yang tlah tiba duluan
Siraman air mawar..pengantar akhir kerinduan
Dan akhirnya…. . Tiba masa pengantin..
Menunggu Dan ditinggal sendirian…
Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan
Malam pertama bersama KEKASIH..
Ditemani rayap – rayap Dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan ketika 7 langkah tlah pergi….
Kitapun kan ditanyai oleh sang Malaikat…
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur…
Ataukah Kita kan memperoleh Siksa Kubur…..
Kita tak tahu…Dan tak seorangpun yang tahu….
Tapi anehnya Kita tak pernah galau ketakutan… .
Padahal nikmat atau siksa yang kan kita terima
Kita sungkan sekali meneteskan air mata…
Seolah barang berharga yang sangat mahal…
Dan Dia Kekasih itu.. Menetapkanmu ke syurga..
Atau melemparkan dirimu ke neraka..
Tentunya Kita berharap menjadi ahli syurga…
Tapi….tapi ….sudah pantaskah sikap kita selama ini…
Untuk disebut sebagai ahli syurga
Anugerah dari ALLAH untuk pembaca tulisan ini hingga ke akhir.
Bila membaca tulisan ini, mungkin kepikir kiya tidak ada waktu untuk ini….
Lebih lebih lagi diwaktu sedang bekerja. Tapi sadarlah bahwa pemikiran semacam inilah yang ….
Sebenarnya, menimbulkan pelbagai masalah di dunia ini.
Karena tidak menyadari bahwa hidup akan berakir dengan kematian.
Tidak menyadari bahwa akan datang hari akhir..
Tidak menyadari bahwa akan datang hari kebangkitan..
Tidak menyadari bahwa akan datang hari perhitungan..
Tidak menyadari bahwa akan datang hari pembalasan
Kita coba mengingat ALLAH didalam MASJID pada hari Jum’at……
Mungkin malam JUM’AT ?
Dan sewaktu solat MAGRIB saja ?
Kita ingat ALLAH pada masa kita sakit….
Dan sudah pasti waktu ada kematian…
Walau bagaimanapun kita tidak ada waktu atau ruang untuk ALLAH waktu bekerja atau bermain?
Karena…
Kita merasakan diwaktu itu kita mampu dan sewajarnya mengurus sendiri tanpa bergantung padaNYA.
Semoga ALLAH mengampuni kita karena menyangka… …
Bahwa nun di sana masih ada tempat dan waktu dimana ALLAH bukan lah yang paling utama dalam hidup kita (nauzubillah)
Kita sepatutnya senantiasa mengenang akan segala yang telah DIA berikan kepada kita.
DIA telah memberikan segala-galanya kepada kita sebelum kita meminta.
ALLAH
Dia adalah sumber kewujudan kita dan Penyelamat kita
IA lah yang mengerakkan kita setiap detik dan hari.
TanpaNYA kita adalah AMPAS yang tak berguna.
Susah vs. Senang
Kenapa susah sekali menyampaikan kebenaran?
Kenapa kita sering mengantuk dalam MASJID tetapi ketika selesai ceramah kita segar kembali?
Kenapa mudah sekali mengabaikan tulisan tentang agama, tetapi kita bangga mem “baca dan menyebarluaskan” gossip yang jelas itu adalah dosa karena membuka aib orang lain?
Hadiah yang paling istimewa yang pernah kita terima.
Solat adalah yang terbaik…. Tidak perlu bayaran , tetapi besar ganjaran pahalanya.
Notes: Tidak kah lucu betapa mudahnya bagi manusia TIDAK Beriman PADA ALLAHSWT
setelah itu heran kenapakah dunia ini menjadi neraka bagi mereka.
Tidakkah lucu bila seseorang berkata “AKU BERIMAN PADA ALLAH” TETAPI SENTIASA MENGIKUT SYAITAN. (who, by the way, also “believes” in ALLAH SWT).
Aku berDOA , untuk semua yang membaca tulisan ini supaya mereka di rahmati ALLAH SWT.
Wassalam.
Bersyukurlah senantiasa atas apa yang kamu dapat hari ini.
KarenaTuhan membuat apa yang ada pada hari ini demikian indahnya untuk
bisa kita nikmati dan syukuri. Amiennn
Bersyukurlah senantiasa atas apa yang kamu dapat hari ini.
KarenaTuhan membuat apa yang ada pada hari ini demikian indahnya untuk
bisa kita nikmati dan syukuri. Amiennn