prettygreeting


click to create your own

Friday, March 25, 2011

ANUGERAH TERINDAH!!!!


♥ Hari ini sebelum engkau berpikir untuk mengucapkan kata-kata kasar ~ Ingatlah akan seseorang yang tidak bisa berbicara.

♥ Sebelum engkau mengeluh mengenai cita rasa makananmu ~ Ingatlah akan seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

♥ Sebelum engkau mengeluh tentang suami atau isterimu ~ Ingatlah akan seseorang yang menangis kepada Tuhan meminta pasangan hidup.

♥ Sebelum engkau mengeluh tentang hidupmu,.. ~ Ingatlah perjuangan ibu yang antara hidup dan mati saat melahirkanmu

Sahabatku.......

♥ Sebelum engkau mengeluh tentang anak-anakmu ~ Ingatlah akan seseorang yang begitu mengharapkan kehadiran seorang anak, tetapi tidak mendapatnya.

♥ Sebelum engkau bertengkar karena rumahmu yang kotor, dan tidak ada yang membersihkan atau menyapu lantai ~ Ingatlah akan orang gelandangan yang tinggal di jalanan.

♥ Dan ketika engkau lelah dan mengeluh tentang pekerjaanmu ~ Ingatlah akan para pengangguran, orang cacat dan mereka yang menginginkan pekerjaanmu.

♥ Sebelum engkau menuding atau menyalahkan orang lain ~ Ingatlah bahwa tidak ada seorang pun yang tidak berdosa dan kita harus menghadap pengadilan Tuhan.

♥ Dan ketika beban hidup tampaknya akan menjatuhkanmu ~ Pasanglah senyuman di wajahmu dan berterima kasihlah pada RABB mu karena engkau masih hidup dan ada di dunia ini.


♥♥ Hidup adalah anugerah terindah dari Allah..Maka nikmatilah ia sebaiknya..Sentiasalah bersyukur dan bersujud kepadaNya..Syukran Ya Rabbi..♥♥

Sekiranya kalian menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kalian tdk akan dapat menghitungnya( Qs. Ibrahim :34)

Demikian besar nikmat Allah yang telah di anugerahkan kepada kita. Dunia ini beserta apa yang ada di dalamnya telah di ciptakan Allah untuk kita, tetapi kita tidak pernah menyadarinya;

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?
(Qs. Ar-Rahman:13)

Ya Rabb... Anugerahilah kepada kami Hati yang sentiasa bersyukur, Sabar dan ikhas menerima kenyataan hidup, Anugerahilah ketenangan hati bagi kami. Wahai Allah Yang Maha Menggenggam Roh dan Maha Membolak balikkan hati,, Tetapkanlah hati kami pada jalanMU yang lurus...

Tuesday, March 22, 2011

Bisikan Hati


memberi maaf kekadang lebih sukar daripada meminta maaf. Ah kenapa diri ini??? apa yang pernah dibaca dalam Al-Quran, hadis dan buku-buku begitu sukar untuk kupraktikkan. Benar, membaca sahaja xkan pernah menjadikan diri kita insan yang lebih baik, sekiranya ilmu itu tidak dipraktikkan. Apabila cuba untuk dipraktikkan, barulah terasa pedihnya. Ego terhenyak, rasa marah tertekan. Mampukah diri memaafkan ketika berkuasa membalas?? forgive and forget?? wahh, jauh sekali!!! nak dilupakan??? nak memaafkan pun sukar..... aku bertemunya buat sekian kalinya, secara basa-basi memang kami dilihat seolah2 telah bermaafan, tetapi hanya dia dan aku tahu mendung antara hati kami masih belum reda. kini, setelah bertahun suasana kembali berubah, yang dibawah keatas yang diatas meluncur ke bawah!!!!

.......................................................................

Aku benci rasa ini
Walaupun ia bertandang di laman hati
Kenapa kau menjelma semula
Setelah menghilang sekian lama

Kau kah itu yang pernah menghadiahkan
Satu luka berdarah yang menyakitkan
Kenapa perlu ku temui lagi warna pilu
Ketika kau lalu di tepian kalbu

Ah, terasa segalanya terlalu laju
Bila batas-batas masa dikira
Puluhan tahun tidak lama
termanggu aku seketika...
di pinggiran nostalgia
... sukarnya memaafkan
....sukarnya melupakan

Segalanya kini sudah berubah
Sejak ikatan hati itu terungkai
Episod demi episod telah mendewasakan...
Kita semakin matang mentafsirkan!
Kalau benar cintakan Allah...
Hati kita tak kan terpisah

Dan entah kenapa tiba-tiba kini...
Kita dipertemukan semula
...di persada kemaafan
bila butiran wahyu menyapa
Tuhan semulia itu pun bisa memaafkan
Lalu dendam luruh seluruh...
Walau di awalnya terasa susah sungguh!

Sunday, March 20, 2011

sekolahku sayang^_~

hari nie tetiber terasa rindu kat geng2 skola doluuu-doluuu
lamer da xpat gi skola & dengar citer cikgu2 pun ramai yg da pindah
rindu kat cikgu2!!!!

kalau dulu kat skolah slalu ckp cmni "kan best klu da blajar kat U"
"kan best kalau da kejer dapat kumpul duit manyak2"

TAPI SEKARANG!!!!!

biler da blajar kat kolej kat universiti mcm yg diidamkan dulu
hati slalu jer berbisik cakap
"kan best masa zaman skola dulu"
sebab zaman skola xbnyak sangat masalah nak pikir
kat skola xtension macam kat kolej/U
kat skola xder assaignment nak kena buat
kat skola hari2 dapat balik rumah
kat skolah xder cuti beku segala

sungguh ikhlas dari hati nak cakap
"AKU RINDU NAK GI SEKOLAH BALIKK!!!"


bersama classmate tersayang 5sc 1 sentiasa dalam ingatan




nie tyme program MUSLEH 07 miss diz moment a lot


ini gambar kat surau tyme klaz ustzah kamariah (sempat gi kottt) =)

SEKIAN SAHAJA DULUUUU.....

Friday, March 18, 2011

RAMA-RAMA DAN WANITA..


Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.

Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda,warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.

Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar. Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.

Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.

Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar, indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan. postman-butterfly Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.

Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda. Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna- warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati. Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.

Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.