prettygreeting


click to create your own

Friday, March 9, 2012

Sedikit tapi BERMAKNA!!!

Assalammualaikum.... Bismillah...=)
Kembali menerjah belog tersayang ku ini, jarang dah dapat di update.. kesihatan dan masa tak mengizinkan tuk update slalu.. tapi nak share jugak something hari nie.. tak banyak pun tapi insya Allah bermanfaat tuk kiter sumer... sesuatu yang sangat dekat dengan kita, yang menjadi amalan kita seharian... ceteka..cetaka??heee~ ok lah, nak share sesuatu yang tersirat disebalik "WUDHU' " kita... sebab kita ambil wudhu' bukan semata2 utk solat jerr kan.. betul tak?? kalau setiap masa tue kita dalam keadaan berwudhu' lagi lah bagus.. =)

  • KETIKA BERKUMUR, berniatlah "Ya Allah, ampunilah dosa mulut & lidahku ini" SEBAB=> hampir setiap hari kita bercakap perkara2 yang tidak berfaedah
  • KETIKA MEMBASUH MUKA, berniatlah "Ya Allah, putihkanlah wajahku diakhirat kelak, jangan Kau hitamkan mukaku ini" SEBAB=> Ahli Syurga mukanya putih berseri, muga kita tergolong diantara mereka
  • KETIKA MEMBASUH TANGAN KANAN, berniatlah "Ya Allah, berikan hisab-hisabku ditangan kananku ini" SEBAB=> Ahli Syurga diberikan buku amalannya di tangan kanan
  • KETIKA MEMBASUH TANGAN KIRI, berniatlah "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisabku ditangan kiriku ini" SEBAB=> Ahli neraka diberikan buku amalan mereka ditangan kiri
  • KETIKA MEMBASUH KEPALA, berniatlah "Ya Allah, lindungilah aku dari terik matahari di padang Mahsyar dengan ArasyMu" SEBAB=> Panas di padang Mahsyar umpama matahari sejengkal di atas kepala
  • KETIKA MEMBASUH TELINGA, berniatlah "Ya Allah, ampunilah dosa telingaku ini" SEBAB=> Kita mungkin mendengar umpatan dan fitnah saban hari
  • KETIKA MEMBASUH KAKI KANAN, berniatlah "Ya Allah, permudahkan aku melintasi titian Siratul Mustaqqim" SEBAB=> Ahli Syurga melintasi titian dengan pantas sekali
  • KETIKA MEMBASUH KAKI KIRI, berniatlah "Ya Allah, bawakanlah aku ke masjid dan surau bukan ke tempat2 maksiat" SEBAB => Qada' dan Qadar kita di tangan Allah
Renung2 kan dan slamat beramal...! Barakallahufikum..=)

Monday, January 16, 2012

APA ITU CINTA??

Hurm, balik2 cinta! Tak habis2 dengan ceritera cinta nie kan… kenapa tajuk cinta nie pulak yang naik kali nie?? Alkisahnyerr, disuatu hari yang hening tue saya online lah FB dan entah kenapa bukak jerr homepage dari atas sampai ke bawah kawan2 update tentang “CINTA”…! Terlintas jugak kat kepala waktu tue, “hari nie hari cinta sedunia ker??... sampai hampir sumer org update status & share link tentang cinta..! pernah tak dengar org cakap, cinta itu buta?? Aik, betul ker buta..hehe.. sebenarnya bukan cinta tue yang buta tapi orang yang dibayangi cinta tue yang membutakan cinta kan?? Setuju tak?? (sambil angguk2 kepala)… saya tahu & faham semua diantara kita mempunyai rasa cinta…. Dan sebenarnya cinta tue adalah sesuatu yang subjektif, setiap org akan bagi definisi yang berbagai… banyak kategori yang boleh kita masukkan dalam cinta nie sebenarnya… contohnyerr, cinta kepada Pencipta… cinta pada kedua ibu bapa, cinta kepada kawan2, cinta kepada suami/isteri… dan banyaklah lagi… setiap manusia yang normal semestinyerr pernah jatuh cinta! Saper yang tak pernah tue cuba check balik anda normal tak??huhu… sesiapa yang tidak menyayangi tidak akan disayangi...!

Rasa cinta pasti ada, Pada makhluk yang bernyawa

Sejak lama sampai kini, Tetap suci dan abadi

Takkan hilang selamanya, Sampai datang akhir masa.

Perasaan insan sama, Ingin mencinta dan dicinta

Bukan ciptaan manusia, Tapi takdir yang kuasa

Janganlah engkau mungkiri, Segala yang Tuhan beri

**RENUNGKANLAH "ALBUM PELITA HIDUP III: ARTIS HIJJAZ"***


Sedikit selingan makna “CINTA” dari filem dari Indonesia yang kukagumi Ketika Cinta Bertasbih karya Habiburrahman!


"Cinta adalah kekuatan yang mampu..

mengubah duri jadi mawar, mengubah cuka jadi anggur

mengubah malang jadi untung, mengubah sedih jadi riang

mengubah setan jadi manusia, mengubah iblis jadi malaikat

mengubah sakit jadi sihat, mengubah bakhil jadi dermawan

mengubah kandang jadi taman, mengubah penjara jadi istana

mengubah amarah jadi ramah, mengubah musibah jadi mahabbah

Itulah dia Cinta.."


Cinta adalah fitrah bagi setiap manusia, setiap dari kita diciptakan Allah perasaan ingin mencintai & dicintai… tak ada siapa pun yang terlepas dari perasaan ini kan.. Cuma cara kita kita menzahirkannya mungkin berbeza bagi setiap individu..

1) CINTA KEPADA PENCIPTA (ALLAH)

Cinta ini adalah cinta yang harus kita utamakan dari cinta yang lain!!! Kenapa?? Kerana hanya dengan mencintai Dia hidup kita akan mendapat ketenangan, hanya padaNya tempat kita mengharap & memohon pertolongan! Pada Dia tempat kita mengadu segala kesusahan kerana hanya Dia lah pemilik mutlak diri kita yang lemah ini… untuk mendapat kan cinta-Nya kita haruslah belajar untuk mencintai Dia dahulu, alangkah bertuahnya jika kita mendapat cinta Allah kerana jika cinta Allah kita berjaya perolehi insya Allah kita akan mendapat cinta org2 yang dicintaiNya… hebatkan kawan2…!

Dalam satu hadis, Rasulullah SAW pernah bersabda :

"Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berkata: "Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!" Maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata: "Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia." Maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini."

(Hadis Riwayat Bukhari)


CINTA KEPADA IBU & BAPA

Setiap yang bergelar anak pasti ada rasa kasih sayang & cinta pada kedua ibubapa mereka! Percayalah walau seburuk mana dan seteruk mana pun mereka, ianya takkan pernah memutuskan hubungan darah yang mengalir di dalam badan kalian! Mereka adalah insan yang sepatutnya kita hormati dan kasihi sampai bila2, INGAT! Kita hanya ada satu ayah & ibu mereka tiada galang gantinya, istimewakan mereka selagi Allah memberi kita kesempatan untuk berbuat demikian… semuga lidah yang tajam ini tidak sekali2 mengguris hati & perasaan mereka dan semuga Allah memelihara dan memberkati kehidupan mereka didunia mahupun diakhirat…!

“ya Allah Kau peliharalah kedua ibubapaku, dan Engkau kasihi mereka sepertimana mereka mengasihaniku diwaktu aku masih kecil”


3) CINTA KEPADA SAHABAT HANDAI

Hurm, apa yang anda faham tentang cinta kepada sahabat2?? Semua orang mempunyai sahabat betul tak? Dan kita semestinya cinta & sayang dengan kawan2 kita kan?? Macam mana agaknya cara kita lontarkan kasih sayang tue yerr?? Ok, senang jerr pada saya kalau kita berkawan dengan seseorang tue biarlah ikhlas semata-mata kerana Allah, insya Allah manisnyerr ukhuwah yang terjalin antara kita dengan sahabat tue akan meresap kedalam jiwa… bagi saya kalau kita berkawan dengan seseorang tue biarlah kekal sampai bila2 dan kalau boleh jangan sampai terputus hubungan, dan dalam bersahabat mesti banyak beralah atau give & take to each other…! Jangan slalu berbeza pendapat, jujur antara satu sama lain dan kalau ada apa2 fitnah yang datang tentang sahabat tue adalah lebih elok kalau kita tanya sendiri kesahihannya pada yang empunya diri…! “SAHABAT SAMPAI SYURGA”


“Ya Allah, tika Kau hadiahkanku sahabat, Kau jadikanlah hatiku bersyukur atas kurniaanMu.. Kau jadikanlah hatinya berlapang dada menerimaku.. Ya Allah, tika Kau hadiahkanku sahabat, Kau jadikanlah sahabatku ini sebagai teman seperjuanganku, peniup semangat juangku.. yang saling membantu memikul amanah dakwah agamaMu.. Ya Allah, tika Kau hadiahkan aku sahabat, Kau jadikanlah hubungan ini disemai atas keredhaanMu.. Teguhnya atas cinta padaMu.. Dilindungi dari segala maksiat & hal-hal yang melalaikan dari mengingatiMu.. Ya Allah bahagiakanlah hatiku dan hati seluruh sahabatku dengan cinta kepadaMu..”


4) CINTA KEPADA PASANGAN (SUAMI/ISTERI)

Bagi kategori nie, tak tahu macam mana nak ulas sebab belum ada pengalaman lagi..! hmm, sebagaimana yang kita tahu kan setiap manusia Allah cipta berpasang2.. opps! Sebelum tue, pastikan pasangan yang dah sah bergelar suami isteri yerrr, yang belum cepat2 lah persiapkan diri untuk menuju kearah cinta yang halal disisiNya.. Oleh itu, sebelum melayan alunan cinta, pastikan kita cukup bersedia dengan perancangan ke arah utk menghalalkan perhubungan, Jika perancangan belum pernah terlintas atau perjalanan masih jauh, adalah dinasihatkan cubalah sedaya upaya mengawal arus deras cinta yg hanya bakal menghanyutkan. Semuga cinta itu dizahirkan pada landasan yang betul agar ianya sentiasa dibawah rahmat Allah s.w.t

"Nikah adalah sunnahku (jalan agamaku), maka barangsiapa yang cintakan agamaku hendaklah dia menjalankan sunahku itu”. (Riwayat Abu Ya’la dari Ibnu Abbas)

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨

(Ar-Rum: 21)

Setakat itu lah dulu entri kita kali nie…! Banyak lagi kategori sebenarnya, nak letak semua memang takkan habis, jadi fikir2 kanlah kemana hala tuju cinta anda sebenarnya ok! Jika ada yang tersilap silakan perbetulkan saya kerana yang baik itu datang dari Allah dan setiap yang buruk itu dtgnya dari diri saya sendiri… wallahu ‘alam… =)



Tuesday, January 10, 2012

Kematian adalah sesuatu yang PASTI!!!!

Assalammualaikum..... Bismillah... kita mulakan dengan dalil al-Quran dari surah Al-Munafiiqun :11

maksudnya: dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang itu (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya dan Allah amat mendalam pengetahuan-Nya dari segala yang kamu kerjakan.


apa yang anda fikir tentang kematian??? sudah bersediakah kita tuk berdepan dengannya?? apa sudah cukup kah bekalan kita diatas dunia ini tuk kita bawa ke alam sana?? hurm, kalau ditanya pada saya tentunya belum cukup segala amal yang saya ada tuk menghadap Nya.. bahkan kalau dihitung barangkali tiada apa2 untukku persembahkan pada Mu ya Allah, terlalu banyak dosa yang dilakukan hambaMu ini diatas muka bumi ini... aku tak layak untuk memohon syurgamu ya Rabb namun aku juga tak sanggup tuk melangkah ke nerakaMu dan kini aku hanya mampu mengharapkan pada PengampunanMu atas segala dosa2 yang telah aku lakukan...

lately nie, kerap berfikir macam mana agaknya kalau aku DIJEMPUT tuk bertemu Dia disana sedangkan aku masih leka dengan mainan dunia!! adakah setiap amalan2 ku selama ini diterima ya Allah atau tiada langsung yang dapat membantuku disana kelak! Ya Allah hidupkanlah aku dalam Islam, jadikan aku hambaMu yang bersyukur diatas segala kurniaanMu, tetapkanlah hatiku dalam keimanan dan agamaMu, dan jikalau kematian itu adalah yang terbaik bagiku maka matikanlah aku dalam iman... ameen ya Rabb...


"tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasakan kematian. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahala kamu" (Ali Imran : 185)

"kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seseorang manusia pun sebelummu (Muhammad) maka jikalau kamu mati, apakah mereka akan kekal?" (al-Anbiya' : 34)

"semua yang ada dibumi itu akan binasa" (al-Rahmaan : 26)


Thursday, November 24, 2011

JARAK ANTARA 2 HATI

Suatu hari seorang guru bertanya kepada murid-muridnya, “Mengapa ketika seseorang sedang marah, dia akan bercakap dengan suara kuat atau berteriak?”

Seorang murid setelah berfikir cukup lama mengangkat tangan dan menjawab, “Kerana dia telah hilang sabar, oleh itu dia berteriak.”

“Tapi…” guru bertanya kembali “Orang yang dimarahinya hanya berada dekat dengannya. Mengapa perlu berteriak? Kenapa dia tak berbicara secara lembut?” Hampir semua murid memberikan pelbagai alasan yang dirasakan logik menurut mereka. Namun tiada satu pun jawapan yang memuaskan.

Maka guru berkata, “Ketika dua orang sedang berada dalam kemarahan, jarak antara ke dua hati mereka menjadi amat jauh walaupun secara luaran mereka begitu dekat. Oleh itu, untuk mencapai jarak yang demikian, mereka harus berteriak. Namun anehnya, semakin kuat mereka berteriak, semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada di antara mereka menjadi lebih jauh lagi. Kerana itu mereka terpaksa berteriak lebih kuat dan keras lagi.”

Guru masih melanjutkan, “Sebaliknya, apa yang terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta? Mereka tidak berteriak, mereka berbicara dengan suara yang keluar dari mulut mereka dengan begitu perlahan dan kecil. Seperlahan bagaimana pun, kedua-duanya masih dapat mendengar dengan begitu jelas. Mengapa demikian?” Guru bertanya sambil memerhatikan muridnya.

Mereka kelihatan berfikir panjang namun tiada seorang pun yang berani memberikan jawapan. “Kerana hati mereka begitu dekat, hati mereka tak berjarak. Sepatah kata pun tak perlu diucapkan. Sebuah pandangan mata saja cukup membuat mereka memahami apa yang ingin mereka sampaikan.”

Ketika kita sedang dilanda kemarahan, janganlah hati kita mencipta jarak. Lebih – lebih lagi mengucapkan kata-kata yang mendatangkan jarak hati diantara kita. Mungkin di saat seperti itu, diam mungkin merupakan cara yang bijaksana. Kerana waktu akan membantu kita.

notes: dua org yg saling jatuh cinta yg dimaksudkan adlah psangan yang halal untuk saling mencintai atau dengan kata lain yang dah berkahwin yerr...;) semuga jarak antara hati2 kita tidak menjauh disaat kemarahan dtg menjenguk kita...;)

10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad S.A.W

1. SURAH AL-FATIHAH

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

2. SURAH YAASIN

Telah bersabda Rasulullah s.a.w.,

"Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya."

(Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda :

"Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya."

(Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban).

Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

3. SURAH AT-DHUHAN

Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

4. SURAH AL-WAQI'AH

Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada setiap malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya'Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak.

Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga.

Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah :

"Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya."

5. SURAH AL-KHAUTHAR

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

6. SURAH AL-KHAAFIRUUN

Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi).

Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

7. SURAH AL-MULK

Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah, akan terselamat dari azab kubur..

8. SURAH AL-IKHLAS

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya :

"Wahai Aisyah isteriku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an."

Siti Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu."

Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya."

Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a.,

"Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali."

Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan :

"Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat."

9. SURAH AL-FALAQ

Siti Aisyah menerangkan :

"Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali."

10. SURAH AN-NAS

Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.

sumber dari FB, muga dapat dimanfaatkan bersama...^___^

Monday, October 31, 2011

Doaku...

YA ALLAH...
aku lemah tanpaMU..
disaat aku tidak terdaya lg menanggung ujian dariMU...
dan
disaat air mata ini mengalir tanpa henti,,
ENGKAU sentiasa ada bersamaKU...
kadangkala ujian itu terlalu berat
dan datang tanpa diduga,
walaupun ku tahu,
ENGKAU tidak akn menimpakan ujian yg tidak mampu hambaMU hadapi..

YA ALLAH.....
berilah aku kekuatan untuk menghadapi ujianMU...
betapa diri ini belum kuat untuk menerima ujianMU...
titisan air mata ini tidak mampu untuk merungkai segalanya...
walau luaran nampak bersahaja,
hanya ENGKAU yg tahu isi hatiku

YA ALLAH....
kini aku bersyukur padaMU...
segala yg terjadi pasti ada hikmah disebaliknya...
biar pahit mana ujian yg ku tanggung...
aku tahu itu yg terbaik untukku...

kini ku sedar YA ALLAH,
semakin aku mendekatiMU...
semakin ENGKAU membantuku...
semakin aku mengadu padaMU...
semakin ENGKAU permudahkan jalanku..
ENGKAUlah pendengar terbaik...
Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani...

YA ALLAH...
tiada yang mustahil bagiMU....
sesungguhnya ENGKAU jualah
yang membolak-balikkan hati hamba-hambaMU...

YA RABB....
aku menadah tangan syukur kepadaMU,
kerana dugaan itu mengajar aku erti hidup yg sebenar,
hidup yg penuh dgn liku-liku kehidupan,
sesungguhnya ENGKAU lebih Mengetahui
apa yg terbaik untuk hambaMU,
di dunia dan akhirat..

Amin ya Rabbal Alamin..

Wednesday, October 5, 2011

AWAK SETUJU TAK??

Awak setuju tak?

Bahawa awak tak boleh lari daripada bertujuan hidup di dunia sementara ni adalah untuk mendapat redha Tuhan yang menjadikan awak, iaitu Allah SWT. Dengan redhaNya, Dia akan mengasihi awak, bila Dia mengasihi awak, insyaAllah di hayat kekal abadi nanti, Dia akan limpahkan kasih sayangNya kepada awak di syurga.


Awak setuju tak?

Bahawa untuk mendapat redha Allah SWT, awak mestilah redha bahawa Allah adalah Tuhan seluruh alam ini, awak mestilah redha bahawa Islam adalah cara hidup terbaik untuk awak dan awak mestilah redha bahawa Nabi Muhammad صلى الله عله وسلام adalah utusan Allah untuk memperkenalkan Allah dan Islam kepada awak dan lainnya. Redha, bukanlah semata-mata mengakui, tetapi juga adalah yakin tanpa sangsi dan was-was akan ketiga-tiga perkara ini.


Awak setuju tak?

Bahawa untuk awak redha yang Allah adalah Tuhan awak, awak mestilah mentaatiNya, patuh kepada suruhanNya, tunduk kepada laranganNya, memupuk perasaan cinta kepadaNya serta berkeinginan untuk mendapat kasih sayangNya.


Awak setuju tak?

Bahawa untuk awak redha yang Islam adalah cara hidup terbaik untuk awak, awak mestilah mengamalkan cara hidup yang ditunjukkan dalam Islam bukan hanya mengikut orang, bukan hanya mengamalkan sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain, tetapi berusaha mengamalkan seluruhnya dengan perasaan penuh rela dan ikhlas mengamalkannya.


Awak setuju tak?

Bahawa untuk awak redha yang Nabi Muhammad صلى الله عله وسلام adalah utusan Allah bagi memperkenalkan Allah dan Islam kepada awak dan lainnya, awak mestilah menjadikan Nabi Muhammad صلى الله عله وسلام sebagai ikutan untuk awak dalam setiap amalan seharian kehidupan awak.


Awak setuju tak?

Bahawa untuk menuju kepada tujuan meredhai ketiga-tiga keredhaan ini, awak mestilah mempunyai ilmu, yang sebenarnya awak tak dapat kesemuanya dalam waktu awak belajar di sekolah sahaja, tetapi mestilah diteruskan usaha mendapatkan ilmunya sepanjang hayat awak. Dan ilmu itu tidaklah boleh lari daripada panduan utama, iaitu Al-Quran dan hadith yang shohih datangnya daripada Nabi Muhammad صلى الله عله وسلام serta panduan daripada para ulama yang berpegang kepada dua panduan utama ini.

Awak setuju tak?

Bahawa awak sekarang ini masih belum berada dalam tujuan utama hidup di dunia, iaitu untuk mendapat redha Allah SWT. Banyak perkara yang melekakan daripada tujuan itu tetapi awak terus melakukannya.

Awak setuju tak?

Bahawa awak perlu berubah, kembali kepada tujuan utama itu, meninggalkan banyak perkara yang melekakan daripada tujuan itu.


Awak setuju tak?

Bahawa awak perlu berubah cepat, bukan menunggu nanti bila dah tua, kerana awak tak dapat kepastian bahawa hidup awak akan berpanjangan hingga tua, sedangkan banyak sebab yang membolehkan nikmat usia awak ditarik balik pada usia awak sekarang ini.


Awak setuju tak?

Bahawa untuk berubah itu, bukanlah perkara mudah tanpa bimbingan yang kuat kepada diri awak yang lemah yang mudah saja melayani banyak perkara yang melekakan awak daripada tujuan hidup awak.


Awak setuju tak?

Bahawa untuk mendirikan rumahtangga, amat penting untuk awak mempunyai pasangan yang cenderung untuk memberikan bimbingan yang kuat kepada diri awak, dan awak juga perlu cenderung bekerjasama dengannya saling sokong-menyokong, ingat-mengingati agar sentiasa membawa keluarga kepada tujuan hidup di dunia ini.


Awak setuju tak?

Bahawa apabila awak banyak menjawab “setuju” dengan soalan-soalan ini, kaki awak sebenarnya telah berada satu tapak di atas landasan tujuan sebenar hidup awak di dunia ini.


Awak setuju tak?

Bahawa apabila kaki awak telah berada satu tapak di atas landasan tujuan sebenar hidup awak ini, sepatutnya awak tidak mengangkatnya kembali meninggalkan landasan ini, tetapi sebaliknya mengangkat sebelah lagi kaki awak, untuk terus melangkah menyelusuri landasan ini.


Awak setuju tak?

Bahawa apabila awak telah melangkah menyelusuri landasan ini, awak perlu terus berada di atas landasan ini, jangan berundur meninggalkan landasan ini.

Awak setuju tak?

Bahawa apabila awak telah tetap berada di atas landasan ini, awak tak sepatutnya berseorangan menyelusurinya, tetapi awak perlu membawa semua ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan seluruh masyarakat turut menyertai awak menyelusuri landasan ini.

Semuga awak, saya dan kita semua mendapat keberkatan hidup dan keredhaan Allah SWT… amin~