prettygreeting


click to create your own

Thursday, February 17, 2011

PEPERIKSAAN TERAKHIR!!!!!!

PENGARAH

ALLAH S.W.T

TENAGA PENGAJAR

NABI-NABI & RASUL-RASUL

PENGAWAS PEPERIKSAAN

RAQIB & A'TIB


CALON PEPERIKSAAN

UMAT MANUSIA!!!!!

DEWAN PEPERIKSAAN

PENTAS DUNIA

MASA

SAAT DILAHIRKAN HINGGA SAAT KEMATIAN

RUJUKAN UTAMA/MODUL

AL-QURAN & AS-SUNNAH

TUGASAN PENTING (WAJIB)

1. DUA KALIMAH SYAHADAH

2.SOLAT LIMA WAKTU

3.PUASA DIBULAN RAMADHAN

4. MELAKSANAKAN ZAKAT

5.MENUNAIKAN HAJI BAGI YANG BERKEMAMPUAN


FIKRAH

1. PERCAYA KEPADA ALLAH S.W.T

2. PERCAYA KEPADA NABI & RASUL

3. PERCAYA KEPADA MALAIKAT

4. PERCAYA KEPADA KITAB

5. PERCAYA KEPADA HARI KIAMAT

6. PERCAYA KEPADA QADA & QADAR


TEMPAT PEMGUMUMAN PEPERIKSAAN

PADANG MAHSYAR

MASA

SELEPAS TIUPAN SANGKAKALA MALAIKAT ISRAFIL


GRED PEPERIKSAAN

MENGIKUT AMAL MASING-MASING

LULUS & CEMERLANG : SYURGA (INSYAALLAH)

GAGAL : NERAKA (NAUZUBILLAH)


TIPS-TIPS UNTUK CEMERLANG

1. AMALKAN SIFAT-SIFAT MAHMUDAH.

2. JAUHI DARIPADA HASUTAN SYAITAN.

3. TAAT PERINTAH DAN UNDANG-UNDANG ALLAH S.W.T.

4. MESTI JAUHI PERKARA-PERKARA MUNGKAR.

5. SEGERA BERTAUBAT JIKA MELAKUKAN KESALAHAN & BERJANJI TIDAK AKAN MENGULANGI KESALAHAN TERSEBUT.

*muga kiter berjaya dalam peperiksaan ini okey...(mudah-mudahan) jadi prepare larrr dari skarang supaya kiter tidak gagal nanti...^^


Thursday, February 10, 2011

Hari kekasih vs Hari Dosa!!!!!

Assalamu’alaikum wr.wb.

Bismillaahirrahmaanirrahiim.

Dear saudara & saudari yang beriman,

Mengucapkan apalagi merayakan hari valentine adalah tidak diperbolehkan (Haram) dalam Islam.

Manusia pada zaman sekarang tidak lagi mengetahui dengan jelas asal usul hari Valentine. Di mana pada zaman sekarang ini orang mengenal Valentine melalui kad ucapan, luahan kata-kata cinta, saling bertukar-tukar hadiah antara kekasih dan sebagainya tanpa sedikitpun ingin mengetahui latar belakang sejarahnya lebih dari 1700 tahun yang lalu.

Dari sini dapat saya simpulkan bahawa masa dan saat ini hanyalah tidak lebih bercorak kepercayaan atau pengaruh yang negatif dalam usaha untuk merosakkan ‘akidah’ muslim dan muslimah sekaligus memperkenalkan gaya hidup barat yang mengamalkan gaya hidup bebas serta bersosial tanpa batasan.

Mari kita renungkan firman Allah :

“ Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui. Kerana pendengaran, penglihatan, dan hati, semua itu akan diminta pertanggungjawabannya”. [QS.Al-Israa’ (17) : 36)

Ayat di atas jelas mengatakan bahawa jika kita mengikuti sesuatu yang kita tak tahu asal usulnya, maka anggota kita akan dipertanggungjawabkan. Masa kecil dulu, umi saya selalu cerita, di hari perhitungan, mulut kita akan ditutup dan anggota kitalah yang akan menjawab semua soalan. Sebagai contoh kaki kita akan ditanya kemana kita melangkah, tangan akan ditanya apa yang kita ambil bukan hak kita dan seterusnya.

Kembali kita kepada Hari Valentine. Dengan mengucapakan “selamat hari Valentine” atau “happy valentine’s day” boleh mengakibatkan seseorang terjerumus dalam kesyirikan dan kemaksiatan kepada Tuan Empunya Dunia, Allah S.W.T

Untuk pengetahuan bagi mereka yang belum mengetahui makna valentine. ”Valentine” sebenarnya berasal dari bahasa Latin yang berarti: “Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuat dan Yang Maha Kuasa”. Kata ini ditujukan kepada Nimrod dan Lupercus, Tuhan orang Romawi. (Dari berbagai sumber)

Oleh itu, tanpa kita sedari atau tidak, jika kita meminta orang menjadi “To Be My Valentine (Jadilah valentine-ku)”, bererti sama dengan kita meminta orang menjadi “Sang Maha Kuasa”. Jelas perbuatan ini merupakan kesyirikan yang besar, menyamakan makhluk dengan Sang Khalik, menghidupkan budaya pemujaan kepada berhala.

Itu baru mengenai ucapan, belum masuk menyambut atau meraikan. Bagi meraikan Valentine sama ertinya meniru-niru Orang Kafir

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk bagian dari mereka.” (HR. Ahmad dan Abu Dawud. Syaikhul Islam dalam Iqtidho’ [hal. 1/269] mengatakan bahawa sanad hadits ini jayid/bagus/sahih. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadits ini sahih sebagaimana dalam Irwa’ul Gholil no. 1269).

Jadi, menurut hadis di atas, maka jelaslah bahawa menghadiri perayaan orang kafir bukanlah ciri-ciri orang yang beriman.

Allah SWT berfirman yang bermaksud :

“Dan orang-orang yang tidak menyaksikan perbuatan zur, dan apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka lalui (saja) dengan menjaga kehormatan dirinya.” [QS. Al-Furqaan (25) : 72]

Jelas bahawa hari Valentine adalah perayaan paganisme yang diadaptasi menjadi ritual agama Nasrani yang mereka masih mengamalkan sehingga ke zaman ini. Merayakannya adalah sama erti telah meniru mereka.

Valentine juga jelas bukan bersumber dari Islam, melainkan bersumber dari rekaan fikiran manusia yang diteruskan oleh pihak gereja untuk merosakkan akidah terutama dikalangan remaja Islam. Oleh kerana itulah, tidak salah jika kita berpegang kepada akal rasional manusia, TETAPI jika tidak berdasarkan kepada Islam(Allah), maka ianya perlu ditolak.

Firman Allah : “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka.

Katakanlah : “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu”. [QS.Al Baqarah (2) : 120]

Firman ALLAH : “Dan hendaklah engkau memutuskan perkara diantara mereka menurut apa yang diturunkan ALLAH, dan janganlah engkau mengikuti keinginan mereka. Dan waspadalah terhadap mereka, jangan sampai mereka memperdayakan engkau terhadap sebagian apa yang telah diturunkan ALLAH kepadamu. Jika mereka berpaling (dari hukum yang telah diturunkan ALLAH), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya ALLAH berkehendak menimpakan musibah kepada mereka disebabkan sebagian dosa-dosa mereka. Dan sungguh, kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasik”. [QS.Al-Maa'idah (5) : 49].

Firman ALLAH : “Untukmu agamamu, dan untukku agamaku”. [QS.Al-Kafirun (109) : 6].

Firman ALLAH : “Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi’. [QS.Aali-‘Imraan (3) : 85]


MARI ISTIQOMAH (BERPEGANG TEGUH)

Perhatikanlah Firman Allah :

“…dan sesungguhnya jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah datang ilmu kepadamu, sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk golongan orang-orang yang zalim”.

Semoga Allah memberikan kepada kita hidayah-NYA dan ketetapan hati untuk dapat istiqomah dengan Islam sehingga hati kita menerima kebenaran serta menjalankan ajaran-NYA.

Tujuan dari semua itu adalah agar diri kita selalu taat sehingga dengan izin Allah Swt kita dapat berjumpa dengan para Nabi mulai dari Nabi Adam sampai Nabi Muhammad Saw. (InsyaAllah)

Firman Allah :

“Barangsiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya maka dia akan bersama orang-orang yang diberi nikmat dari golongan Nabi-Nabi, para siddiq (benar imannya), syuhada, solihin (orang-orang solih), mereka itulah sebaik-baik teman”. [QS.An-Nisaa’ (4) : 69]

Semoga Allah membimbing kita semua dan menjaga kita di jalan yang lurus …

Amiin Ya Rabb


petikan dari sumber : http://mahabbahislamiyah.blogspot.com/2011/02/valentina-hari-kekasih-vs-hari-dosa.html

Wednesday, February 9, 2011

serapuh hatiku ya Rabb...

Opick - Rapuh

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

~Nabi haramkan cabut bulu di muka untuk cantik~



KAUM wanita amat mengambil berat mengenai kecantikan, terutamanya kecantikan wajah kerana wajah yang pertama dipandang orang apabila berjumpa.

Oleh itu, ramai di kalangan wanita sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mencantikkan wajah. Antara cara dianggap boleh mencantikkan wajah dan rupa paras ialah dengan membentuk bulu kening atau alis mata dengan mencabut dan mencukur sebahagian atau kesemuanya sekali.

Kemudian bulu kening akan dibentuk semula dengan alat solekan seperti celak dan pensil alis sehingga kelihatan lebih cantik dan menarik.Amalan itu bukanlah perkara baru dalam dunia persolekan wanita tetapi sudah diamalkan wanita di zaman jahiliyyah sebelum kedatangan Islam dan berterusan hingga hari ini.

Malah dengan kebanjiran pelbagai jenis alat solek di pasaran serta kepakaran yang ada, bulu kening atau alis yang sesuai dengan raut wajah seseorang boleh dibentuk dengan mudah.Walau bagaimanapun, wanita hari ini perlu memastikan apa yang dilakukan tidak bercanggah dengan ajaran Islam, termasuk bidang persolekan.Merujuk kepada teks syarak berkaitan persoalan ini, terdapat dua hadis yang menegur secara langsung perbuatan mencukur bulu kening.

Perkara ini membabitkan satu riwayat tabf berkaitan dengan riwayat Imam Al-Tabari, bahawa isteri Abu Ishaq pergi ke rumah Aisyah Ummul-Mukminin, puteri Rasulullah saw.Pada waktu itu rupa parasnya sangat jelita.

Beliau lalu bertanya kepada Aisyah mengenai hukum seorang wanita yang membuang bulu-bulu yang terdapat di dahinya untuk tujuan menambat hati suaminya.Aisyah menjawab: "Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu."Hadis kedua diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud yang menerangkan bahawa Rasulullah saw bersabda:"Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik.

Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah."Mengenai hadis pertama, Imam Nawawi berpendapat bahawa jawapan Aisyah kepada wanita itu membawa erti bahawa wanita boleh bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk menghilangkan kejelekan seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik.Namun demikian, beliau tidak boleh mencabut atau mencukur bulu-bulu di muka, termasuklah bulu kening untuk membentuk alis mata yang cantikMengenai hadis kedua pula, ulama menjelaskan pengertian al-Namisah.

Ibn al-Athir berpendapat ia bermaksud wanita-wanita yang mencabut bulu-bulu yang terdapat pada kawasan muka dengan tidak menggunakan alat pencabut.Ibn Hajar pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu di muka dengan alat pencabut.Abu Daud pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu kening atau mencukurnya dengan pisau pencukur sehingga kelihatan halus.

Keterangan di atas menunjukkan perkataan al-Namisah merangkumi semua pengertian iaitu mencabut bulu-bulu di muka untuk kelihatan cantik dan berseri.Majoriti fuqaha berpendapat, mencabut atau mencukur bulu kening sehingga kelihatan halus adalah diharamkan sama ada kepada lelaki atau wanita kerana perbuatan itu termasuk dalam istilah mengubah ciptaan Allah sebagaimana dijelaskan dalam hadis kedua.

Namun demikian, bagi wanita yang mempunyai terlalu panjang atau terlalu lebat sehingga kelihatan jelik, bolehlah mencabutnya sekadar membolehkan kelihatan halus kerana ia tidak dianggap mengubah ciptaan Allah.Kesimpulannya, berhias untuk suami adalah diharuskan tetapi membentuk bulu kening dengan mencabut atau mencukurnya sehingga menjadi alis yang cantik adalah tidak dibenarkan. Menghilangkan sebarang tanda yang menjelekkan pandangan di badan, termasuk muka seperti jerawat, jeragat dan bintik hitam, adalah dibenarkan sama ada wanita bersuami atau tidak.

Dalam keghairahan wanita mencantikkan wajah untuk menambat hati suami atau sebagainya, jangan sampai terkeluar daripada sempadan yang digariskan oleh syarak kerana kecantikan bercanggah dengan syarak akan menggadaikan diri sendiri.

Tuesday, February 1, 2011

warkah buat bakal suamiku...

salam buat semua blogger-blogger dan salam teristimewa buat bakal suamiku...

muga Allah sentiasa merahmatimu dan memberkatimu yang tidak pernah kutemui

namun doaku tidak pernah putus mengiringi setiap langkahmu.

walau di manapun engkau berada kini

walau engkau tak mengenali diri ini

warkah ini ku tujukan khas buat dirimu

wahai bakal suamiku ...

“Seindah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah,”

Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini..

Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah.

Calon suamiku

”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..” Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini. Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh ummi dan ayah. Tiada harta untuk kupersembahkan dalam taklik ijab kita nanti. Tiada harta sebagai jaminan bahawa kau akan menikmati sedikit kesenangan apabila ijab bersaksi telah dilafazkan. Hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata ...

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨

(Ar-Rum: 21)

Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku hanyalah insan biasa sahaja di dunia ini,milik mutlak ummi dan ayah.. Namun apa yang pasti, aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa as, sama seperti mu. Ingin aku berkongsi lafaz sahih ini denganmu ...

”... maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri...”

(Ali Imran : 159-160)

Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata. Aku tidak menjanjikan aku mampu membahagiakan rumahtangga kita nanti, kerana aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung. Melalui pencarian ilmu agama bersama, marilah kita jadikan pernikahan ini sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam.

Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini, aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, kau dan anak-anak kita untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul,

" Semuga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semuga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya."

(Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)

Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan dan jodoh.

“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silatuh rahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.”

(An Nisaa’ : 1)

Calon Suamiku yang dirahmati,

" Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".

(An-Nissa':34)

Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia, aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku dan anak-anak pewaris kejihadan Islam yang bakal lahir. Jadikanlah pernikahan ini sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Muga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya.

Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan muga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insyaAllah. Ingin aku berbicara mengenai pemberianmu kepadaku. Kau terlalu membimbangkan akan kehendak bersifat duniawi semata-mata. Benar?!

Ketahuilah, aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas kahwin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, kerana aku meyakini Qalam itu mampu memimpin rumah tangga kita dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara.

Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah ini melalui pernikahan, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah. Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan.

Kutitipkan sebahagian daripada pembacaanku dalam Jalan Dakwah Mustaffa Masyhur, tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana'ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna'im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini.

Terlalu panjang rasanya aku mencoretkan warkah ini. Cukup dahulu buat tika ini, andai diizinkan aku akan kembali menitipkankan lagi kiriman bertintakan hati ini.

Akhir bicara, maaf andai tiada pertemuan yang kususuli kerana padaku biarlah merindu daripada jemu tatkala kita disatukan.