kali pertama bumi ini diciptakan, katanya bumi ini selalu bergoyang, bergoncang dan tidak berputar pada paksinya. Perkara ini merunsingkan para malaikat lalu para malaikat menghadap Allah s.w.t...
"wahai ya Rabb yang maha mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang??" Tanya para malaikat.
"kerana belum dipaku." Jawab Allah singkat.
Lalu, bagaimana engkau memaku bumi wahai ya Rabb?? Tanya malaikat lagi.
"Aku akan menciptakan gunung-ganang"Jawab Allah.
Setelah itu, Allah terus menciptakan gunung-ganang di berbagai belahan bumi. Apa yang terjadi adalah sememangnya benar setelah diciptakan gunung-ganang. Bumi pun diam kemudian berputar pada paksinya. Maka kemudian gunung pun dikenali sebagai paku bumi yang diciptakan oleh Allah S.W.T.
Paku merupakan benda keras yang terbuat daripada besi. Setelah Allah menciptakan paku bumi iaitu gunung-ganang, kemudian para Malaikat pun bertanya lagi.
"Ya Rabb, adakah yang lebih kuat daripada paku??"
"Ada!" Jawab Allah. "iaitu api, yang dengan panasnya dapat melelehkan besi."
"Adakah yang lebih kuat lagi selain api, ya Rabb??" Tanya Malaikat lagi.
"Ada!" Yakni air yang dapat memadamkan api. Jawab Allah lagi.
"Jadi ya Rabb, adakah yang lebih kuat lagi selain air??" sambung malaikat.
"Ada!" iaitu angin, yang kerananya dapat membawa air kemanapun ia menghembus." Jawab Allah lagi.
"Tapi ya Rabb, adakah lagi yang lebih kuat dari semua itu (gunung,api,air,angin)?" Malaikat bertanya lagi.
"Ada!" iaitu nafas hambaKu yang berdoa kepadaku. kerana sesungguhnya DOA itu mampu mengubah takdirku." Demikian Allah S.W.T menjelaskan [Hadis Kudsi]
No comments:
Post a Comment