- KETIKA BERKUMUR, berniatlah "Ya Allah, ampunilah dosa mulut & lidahku ini" SEBAB=> hampir setiap hari kita bercakap perkara2 yang tidak berfaedah
- KETIKA MEMBASUH MUKA, berniatlah "Ya Allah, putihkanlah wajahku diakhirat kelak, jangan Kau hitamkan mukaku ini" SEBAB=> Ahli Syurga mukanya putih berseri, muga kita tergolong diantara mereka
- KETIKA MEMBASUH TANGAN KANAN, berniatlah "Ya Allah, berikan hisab-hisabku ditangan kananku ini" SEBAB=> Ahli Syurga diberikan buku amalannya di tangan kanan
- KETIKA MEMBASUH TANGAN KIRI, berniatlah "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisabku ditangan kiriku ini" SEBAB=> Ahli neraka diberikan buku amalan mereka ditangan kiri
- KETIKA MEMBASUH KEPALA, berniatlah "Ya Allah, lindungilah aku dari terik matahari di padang Mahsyar dengan ArasyMu" SEBAB=> Panas di padang Mahsyar umpama matahari sejengkal di atas kepala
- KETIKA MEMBASUH TELINGA, berniatlah "Ya Allah, ampunilah dosa telingaku ini" SEBAB=> Kita mungkin mendengar umpatan dan fitnah saban hari
- KETIKA MEMBASUH KAKI KANAN, berniatlah "Ya Allah, permudahkan aku melintasi titian Siratul Mustaqqim" SEBAB=> Ahli Syurga melintasi titian dengan pantas sekali
- KETIKA MEMBASUH KAKI KIRI, berniatlah "Ya Allah, bawakanlah aku ke masjid dan surau bukan ke tempat2 maksiat" SEBAB => Qada' dan Qadar kita di tangan Allah
Tuhan dakaplah erat2 diriku agar aku tak pernah merasa ingin meninggalkanMu walaupun ditinggalkan sekelian makhluk... balutilah hatiku dengan kesucianMu agar aku tak pernah dikotori walaupun disekelilingku dipenuhi coretan maksiat.. sertailah setiap langkahku agar aku sentiasa dituntun kearah jalanMu walaupun dalam kembaraku ditaburi dengan duri2 ujian yang menyakitkan... peliharalah diriku kerana engkaulah sebaik-baik pemelihara...amin~
Friday, March 9, 2012
Sedikit tapi BERMAKNA!!!
Monday, January 16, 2012
APA ITU CINTA??
Rasa cinta pasti ada, Pada makhluk yang bernyawa
Sejak lama sampai kini, Tetap suci dan abadi
Takkan hilang selamanya, Sampai datang akhir masa.
Perasaan insan sama, Ingin mencinta dan dicinta
Bukan ciptaan manusia, Tapi takdir yang kuasa
Janganlah engkau mungkiri, Segala yang Tuhan beri
**RENUNGKANLAH "ALBUM PELITA HIDUP III: ARTIS HIJJAZ"***
Sedikit selingan makna “CINTA” dari filem dari Indonesia yang kukagumi Ketika Cinta Bertasbih karya Habiburrahman!
"Cinta adalah kekuatan yang mampu..
mengubah duri jadi mawar, mengubah cuka jadi anggur
mengubah malang jadi untung, mengubah sedih jadi riang
mengubah setan jadi manusia, mengubah iblis jadi malaikat
mengubah sakit jadi sihat, mengubah bakhil jadi dermawan
mengubah kandang jadi taman, mengubah penjara jadi istana
mengubah amarah jadi ramah, mengubah musibah jadi mahabbah
Itulah dia Cinta.."
1) CINTA KEPADA PENCIPTA (ALLAH)
Cinta ini adalah cinta yang harus kita utamakan dari cinta yang lain!!! Kenapa?? Kerana hanya dengan mencintai Dia hidup kita akan mendapat ketenangan, hanya padaNya tempat kita mengharap & memohon pertolongan! Pada Dia tempat kita mengadu segala kesusahan kerana hanya Dia lah pemilik mutlak diri kita yang lemah ini… untuk mendapat kan cinta-Nya kita haruslah belajar untuk mencintai Dia dahulu, alangkah bertuahnya jika kita mendapat cinta Allah kerana jika cinta Allah kita berjaya perolehi insya Allah kita akan mendapat cinta org2 yang dicintaiNya… hebatkan kawan2…!
Dalam satu hadis, Rasulullah SAW pernah bersabda :
"Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berkata: "Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!" Maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata: "Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia." Maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini."
(Hadis Riwayat Bukhari)
CINTA KEPADA IBU & BAPA
Setiap yang bergelar anak pasti ada rasa kasih sayang & cinta pada kedua ibubapa mereka! Percayalah walau seburuk mana dan seteruk mana pun mereka, ianya takkan pernah memutuskan hubungan darah yang mengalir di dalam badan kalian! Mereka adalah insan yang sepatutnya kita hormati dan kasihi sampai bila2, INGAT! Kita hanya ada satu ayah & ibu mereka tiada galang gantinya, istimewakan mereka selagi Allah memberi kita kesempatan untuk berbuat demikian… semuga lidah yang tajam ini tidak sekali2 mengguris hati & perasaan mereka dan semuga Allah memelihara dan memberkati kehidupan mereka didunia mahupun diakhirat…!
“ya Allah Kau peliharalah kedua ibubapaku, dan Engkau kasihi mereka sepertimana mereka mengasihaniku diwaktu aku masih kecil”
3) CINTA KEPADA SAHABAT HANDAI
Hurm, apa yang anda faham tentang cinta kepada sahabat2?? Semua orang mempunyai sahabat betul tak? Dan kita semestinya cinta & sayang dengan kawan2 kita kan?? Macam mana agaknya cara kita lontarkan kasih sayang tue yerr?? Ok, senang jerr pada saya kalau kita berkawan dengan seseorang tue biarlah ikhlas semata-mata kerana Allah, insya Allah manisnyerr ukhuwah yang terjalin antara kita dengan sahabat tue akan meresap kedalam jiwa… bagi saya kalau kita berkawan dengan seseorang tue biarlah kekal sampai bila2 dan kalau boleh jangan sampai terputus hubungan, dan dalam bersahabat mesti banyak beralah atau give & take to each other…! Jangan slalu berbeza pendapat, jujur antara satu sama lain dan kalau ada apa2 fitnah yang datang tentang sahabat tue adalah lebih elok kalau kita tanya sendiri kesahihannya pada yang empunya diri…! “SAHABAT SAMPAI SYURGA”
“Ya Allah, tika Kau hadiahkanku sahabat, Kau jadikanlah hatiku bersyukur atas kurniaanMu.. Kau jadikanlah hatinya berlapang dada menerimaku.. Ya Allah, tika Kau hadiahkanku sahabat, Kau jadikanlah sahabatku ini sebagai teman seperjuanganku, peniup semangat juangku.. yang saling membantu memikul amanah dakwah agamaMu.. Ya Allah, tika Kau hadiahkan aku sahabat, Kau jadikanlah hubungan ini disemai atas keredhaanMu.. Teguhnya atas cinta padaMu.. Dilindungi dari segala maksiat & hal-hal yang melalaikan dari mengingatiMu.. Ya Allah bahagiakanlah hatiku dan hati seluruh sahabatku dengan cinta kepadaMu..”
4) CINTA KEPADA PASANGAN (SUAMI/ISTERI)
Bagi kategori nie, tak tahu macam mana nak ulas sebab belum ada pengalaman lagi..! hmm, sebagaimana yang kita tahu kan setiap manusia Allah cipta berpasang2.. opps! Sebelum tue, pastikan pasangan yang dah sah bergelar suami isteri yerrr, yang belum cepat2 lah persiapkan diri untuk menuju kearah cinta yang halal disisiNya.. Oleh itu, sebelum melayan alunan cinta, pastikan kita cukup bersedia dengan perancangan ke arah utk menghalalkan perhubungan, Jika perancangan belum pernah terlintas atau perjalanan masih jauh, adalah dinasihatkan cubalah sedaya upaya mengawal arus deras cinta yg hanya bakal menghanyutkan. Semuga cinta itu dizahirkan pada landasan yang betul agar ianya sentiasa dibawah rahmat Allah s.w.t
"Nikah adalah sunnahku (jalan agamaku), maka barangsiapa yang cintakan agamaku hendaklah dia menjalankan sunahku itu”. (Riwayat Abu Ya’la dari Ibnu Abbas)
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨
(Ar-Rum: 21)
Setakat itu lah dulu entri kita kali nie…! Banyak lagi kategori sebenarnya, nak letak semua memang takkan habis, jadi fikir2 kanlah kemana hala tuju cinta anda sebenarnya ok! Jika ada yang tersilap silakan perbetulkan saya kerana yang baik itu datang dari Allah dan setiap yang buruk itu dtgnya dari diri saya sendiri… wallahu ‘alam… =)