sumber dari cik google(:
SUARA HIDAYAH itu sudah acap kali datang menjengah telinga dan menyapa hati kita, namun kesan yang ditinggalkan, hanya kita dan Allah jua yang mengetahuinya. Bukan hati tak pernah berkata ‘aku ingin berubah’, tapi hakikatnya, kita masih lemah, masih terus kalah dengan godaan dan dorongan nafsu yang memperdaya. Nafsu terus2an membisik,
‘nanti lah… kalau dah taubat sekarang, susah nak buat benda2 yang syok tu lagi’
‘kejap lah… sikit je lagi nih. Berhenti sekarang tergantunglah pulak!!!’
‘sat, sat. Muda lagi ni, insyaAllah, banyak lagi masa nak insaf dan bertaubat’
‘alah… relak lah, lum sampai seru lagi tu…Allah lum nak buka pintu hati aku lagi nih!!!’
Dan kita terus kalah dengan seribu satu alasan yang dibisikkan syaitan dan nafsu. Dalam sedar bahwa syaitan itu adalah musuh kita yang nyata itu pun, kita masih gagal bangkit dari belenggu keseronokan menangguh taubat, menangguhkan dari bersegera melakukan kebaikan, meninggalkan yang maksiat maupun yang lagha… Sebabnya???
Kita sebenarnya belum benar-benar mau berubah, belum sanggup meninggalkan yang tidak-tidak itu. Kita yang belum bersedia bertukar haluan, lalu kita cari dan kita cipta alasan demi alasan bagi memurnikan ketidakupayaan kita untuk berubah. Ada yang sampai menyalahkan orang lain, malah, lebih malang lagi, ada yang sampai menyalahkan Allah sendiri kerana tidak membuka hatinya untuk berubah…. Astagfirullah, Subhanallah. Layakkah kita menyalahkan Allah, sedangkan berbagai ayat (tanda) telah Allah beri kepada kita, berbagai suara telah Allah ‘bisikkan’ juga kepada kita, hanya kita yang tidak mengendahkannya, memejam mata dan memekakkan telinga. Buat-buat tak nampak, buat-buat tak dengar.
Bila terdetik dalam hati keinginan untuk berubah kepada yang lebih baik, itulah tandanya Allah mahu memberi kita hidayahNya, asal saja kita sambut ia dengan cara yang selayaknya. Apa cara yang selayaknya? Pening juga kita nak memikirkannya, kan? Tapikan Allah dah tunjukkan cara-cara tu dengan kitabNya melalui RasulNya saw? Kalau nak berubah, ayuh! tinggalkan yang tidak-tidak itu, bersegera melakukan yang baik-baik, moga-moga terhapus keburukan lalu dan diganti dengan kebaikan kini. Mulakan dengan yang itu dulu, lawan nafsu dan syaitan itu dengan memaksa diri, dengan bermujahadah melawan dan meninggalkan mana-mana yang tak soleh serta terlebih lagha. Dan dalam masa yang sama, perbanyakkan yang soleh lagi baik. Banyakkan sedekah dengan niat yang betul, banyakkan yang sunat disamping memantapkan yang fardhu.
Lalu apa lagi? Yang pasti, doa terus pada Allah, mohon diberi kekuatan melawan nafsu dan syaitan, kerana dari Allah jualah kekuatan itu, dan kita sangat perlu meminta dariNya. Sebagai hamba yang serba lemah, mohonlah pada ‘Tuan’ kita yang serba Agong. Jangan kita menyombong diri dan menyangka sekali kita berupaya meninggalkan kejahatan, kita akan terus dapat meninggalkannya dengan kudrat kita sendiri. Doa tetap perlu diteruskan, hatta berdoa untuk terus dalam keadaan berdoa hingga akhir hayat itulah yang sepatutnya dilakukan. ‘Perbanyakkan doa’, bagi ana maksudnya terus mohon pada Allah supaya kita tetap terus kuat berdoa dan memohon pada Allah. Sesungguhnya kita teramat lemah, segalanya memerlukan pada Allah swt.
Tak ke kalau dah hidayah tu milik Allah, berdoa saja lah sampai Allah beri ‘hidayah’ tu, baru kita boleh berubah….
Macamana tu?
Sebenar-benarnya di sini, tiada sebarang konflik kalau kita mengerti satu perkara, bahawa ALLAH SWT ITU MAHA TAHU, berbanding kita hambaNya yang serba tidak tahu. Maka yang tak tahu ni, kena buat cara orang tak tau apa yang akan berlaku dimasa hadapan. Yang kita tahu janji Allah, siapa yang berusaha, dia pasti akan mendapatkannya. Dan kita juga tahu bahwa kita kena berusaha, kemudian berdoa dan bertawakkal kepadaNya. Allah yang Maha Tahu itu tahu sejauh mana kita berusaha, sejauh mana kesungguhan kita untuk berusaha , seikhlas mana kita benar-benar mahu berubah. Maka dengan ILMU Nya itulah, Dia menetapkan segalanya untuk kita, kerana Dia Yang Maha Tahu. Oleh kerana itulah, segalanya milik Allah jua. Kerana Dia Maha Tahu.
Renungi firman Allah swt dalam Sura Ar Ra’d : 27-28;
“Dan Dia memberi petunjuk ke jalan agamaNya kepada sesiapa yang merujuk kepadaNya, iaitu orang2 yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah, dengan zikrullah, hati akan menjadi tenang.”
wallahu’alam.