prettygreeting


click to create your own

Monday, April 11, 2011

ANDAI SEORANG LELAKI ITU DATANG..


Andai seorang lelaki datang kepadamu ketika kau perlukan teman...

Andai seorang lelaki datang kepadamu dengan ciri-ciri lelaki idaman...

Andai seorang lelaki datang menegur dan membuatmu terhibur...

Andai seorang lelaki datang menanyakan pendapatmu tentang dirinya...

Andai seorang lelaki datang menanyakan tentang ketampanan wajah dan keromantikan dirinya kepadamu...

Andai seorang lelaki datang memintamu membetulkan kolar baju dan rambutnya...

Andai seorang lelaki datang kepadamu sambil merapatkan badannya kepadamu...

Andai seorang lelaki datang tanpa segan silu padamu walau dirimu sudah pemalu, sopan dan ayu...

Andai datang waktu itu, apakah tindakanmu..

MUNGKIN PADA PANDANGAN LELAKI ITU,

"Kau sangat comel pada mataku"

"Kau dah seperti adik kandungku"

"Lu keras macam tomboy takkan lu nak feeling dengan gua"

"Kau dan aku bukan alim sangat jadi tak perlu hipokrit"

"Kaulah kekasihku, kau perlukan belaian dan sokongan moral dariku"

"Aku tahu kau sunyi, aku tak kisah kalau aku kau nodai. Aku sudi dan sabar menanti"

"Oh, kau adalah bakal isteriku, aku harus berlatih dari sekarang 'menumpangkan' bahuku"

"Ku berbuat begini tiada yang tahu, kau takkan cerita pada orang lain"

TETAPI WAHAI PEREMPUAN, ADAKAH ITU YANG KAMU MAHU DAN DAMBAKAN? ADAKAH ITU YANG KAMU PERLUKAN?

Andai seorang lelaki itu datang...

Dan hanya dirimu pengawal gelanggang...

BERANIKAN diri untuk BERUNDUR

GAGAHKAN diri untuk TIDAK CAIR DILEBUR

TABAHKAN diri untuk menjadi PEREMPUAN EKSLUSIF YANG UNGGUL!

Perempuan yang taat hanya pada lelaki bernama ayah dan suami

Perempuan yang sedar maruah dan keunikan diri

Perempuan yang takkan cair dengan pujukan rayu 'syaitan' lelaki

Perempuan yang punya jati diri, berundur kerana TAK MAHU SUAMINYA NANTI DIBAYANGI BEKAS TEMAN-TEMAN LELAKI.

Sesungguhnya, neraka itu hakiki...

Ingatlah wahai diri yang bernama perempuan,

Andai seorang lelaki itu datang...

Beranikanlah diri untuk BERFIKIR dan MENOLAK dengan mata...

Friday, March 25, 2011

ANUGERAH TERINDAH!!!!


♥ Hari ini sebelum engkau berpikir untuk mengucapkan kata-kata kasar ~ Ingatlah akan seseorang yang tidak bisa berbicara.

♥ Sebelum engkau mengeluh mengenai cita rasa makananmu ~ Ingatlah akan seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

♥ Sebelum engkau mengeluh tentang suami atau isterimu ~ Ingatlah akan seseorang yang menangis kepada Tuhan meminta pasangan hidup.

♥ Sebelum engkau mengeluh tentang hidupmu,.. ~ Ingatlah perjuangan ibu yang antara hidup dan mati saat melahirkanmu

Sahabatku.......

♥ Sebelum engkau mengeluh tentang anak-anakmu ~ Ingatlah akan seseorang yang begitu mengharapkan kehadiran seorang anak, tetapi tidak mendapatnya.

♥ Sebelum engkau bertengkar karena rumahmu yang kotor, dan tidak ada yang membersihkan atau menyapu lantai ~ Ingatlah akan orang gelandangan yang tinggal di jalanan.

♥ Dan ketika engkau lelah dan mengeluh tentang pekerjaanmu ~ Ingatlah akan para pengangguran, orang cacat dan mereka yang menginginkan pekerjaanmu.

♥ Sebelum engkau menuding atau menyalahkan orang lain ~ Ingatlah bahwa tidak ada seorang pun yang tidak berdosa dan kita harus menghadap pengadilan Tuhan.

♥ Dan ketika beban hidup tampaknya akan menjatuhkanmu ~ Pasanglah senyuman di wajahmu dan berterima kasihlah pada RABB mu karena engkau masih hidup dan ada di dunia ini.


♥♥ Hidup adalah anugerah terindah dari Allah..Maka nikmatilah ia sebaiknya..Sentiasalah bersyukur dan bersujud kepadaNya..Syukran Ya Rabbi..♥♥

Sekiranya kalian menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kalian tdk akan dapat menghitungnya( Qs. Ibrahim :34)

Demikian besar nikmat Allah yang telah di anugerahkan kepada kita. Dunia ini beserta apa yang ada di dalamnya telah di ciptakan Allah untuk kita, tetapi kita tidak pernah menyadarinya;

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?
(Qs. Ar-Rahman:13)

Ya Rabb... Anugerahilah kepada kami Hati yang sentiasa bersyukur, Sabar dan ikhas menerima kenyataan hidup, Anugerahilah ketenangan hati bagi kami. Wahai Allah Yang Maha Menggenggam Roh dan Maha Membolak balikkan hati,, Tetapkanlah hati kami pada jalanMU yang lurus...

Tuesday, March 22, 2011

Bisikan Hati


memberi maaf kekadang lebih sukar daripada meminta maaf. Ah kenapa diri ini??? apa yang pernah dibaca dalam Al-Quran, hadis dan buku-buku begitu sukar untuk kupraktikkan. Benar, membaca sahaja xkan pernah menjadikan diri kita insan yang lebih baik, sekiranya ilmu itu tidak dipraktikkan. Apabila cuba untuk dipraktikkan, barulah terasa pedihnya. Ego terhenyak, rasa marah tertekan. Mampukah diri memaafkan ketika berkuasa membalas?? forgive and forget?? wahh, jauh sekali!!! nak dilupakan??? nak memaafkan pun sukar..... aku bertemunya buat sekian kalinya, secara basa-basi memang kami dilihat seolah2 telah bermaafan, tetapi hanya dia dan aku tahu mendung antara hati kami masih belum reda. kini, setelah bertahun suasana kembali berubah, yang dibawah keatas yang diatas meluncur ke bawah!!!!

.......................................................................

Aku benci rasa ini
Walaupun ia bertandang di laman hati
Kenapa kau menjelma semula
Setelah menghilang sekian lama

Kau kah itu yang pernah menghadiahkan
Satu luka berdarah yang menyakitkan
Kenapa perlu ku temui lagi warna pilu
Ketika kau lalu di tepian kalbu

Ah, terasa segalanya terlalu laju
Bila batas-batas masa dikira
Puluhan tahun tidak lama
termanggu aku seketika...
di pinggiran nostalgia
... sukarnya memaafkan
....sukarnya melupakan

Segalanya kini sudah berubah
Sejak ikatan hati itu terungkai
Episod demi episod telah mendewasakan...
Kita semakin matang mentafsirkan!
Kalau benar cintakan Allah...
Hati kita tak kan terpisah

Dan entah kenapa tiba-tiba kini...
Kita dipertemukan semula
...di persada kemaafan
bila butiran wahyu menyapa
Tuhan semulia itu pun bisa memaafkan
Lalu dendam luruh seluruh...
Walau di awalnya terasa susah sungguh!

Sunday, March 20, 2011

sekolahku sayang^_~

hari nie tetiber terasa rindu kat geng2 skola doluuu-doluuu
lamer da xpat gi skola & dengar citer cikgu2 pun ramai yg da pindah
rindu kat cikgu2!!!!

kalau dulu kat skolah slalu ckp cmni "kan best klu da blajar kat U"
"kan best kalau da kejer dapat kumpul duit manyak2"

TAPI SEKARANG!!!!!

biler da blajar kat kolej kat universiti mcm yg diidamkan dulu
hati slalu jer berbisik cakap
"kan best masa zaman skola dulu"
sebab zaman skola xbnyak sangat masalah nak pikir
kat skola xtension macam kat kolej/U
kat skola xder assaignment nak kena buat
kat skola hari2 dapat balik rumah
kat skolah xder cuti beku segala

sungguh ikhlas dari hati nak cakap
"AKU RINDU NAK GI SEKOLAH BALIKK!!!"


bersama classmate tersayang 5sc 1 sentiasa dalam ingatan




nie tyme program MUSLEH 07 miss diz moment a lot


ini gambar kat surau tyme klaz ustzah kamariah (sempat gi kottt) =)

SEKIAN SAHAJA DULUUUU.....

Friday, March 18, 2011

RAMA-RAMA DAN WANITA..


Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.

Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda,warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.

Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar. Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.

Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.

Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar, indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan. postman-butterfly Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.

Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda. Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna- warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati. Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.

Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.

Thursday, February 17, 2011

PEPERIKSAAN TERAKHIR!!!!!!

PENGARAH

ALLAH S.W.T

TENAGA PENGAJAR

NABI-NABI & RASUL-RASUL

PENGAWAS PEPERIKSAAN

RAQIB & A'TIB


CALON PEPERIKSAAN

UMAT MANUSIA!!!!!

DEWAN PEPERIKSAAN

PENTAS DUNIA

MASA

SAAT DILAHIRKAN HINGGA SAAT KEMATIAN

RUJUKAN UTAMA/MODUL

AL-QURAN & AS-SUNNAH

TUGASAN PENTING (WAJIB)

1. DUA KALIMAH SYAHADAH

2.SOLAT LIMA WAKTU

3.PUASA DIBULAN RAMADHAN

4. MELAKSANAKAN ZAKAT

5.MENUNAIKAN HAJI BAGI YANG BERKEMAMPUAN


FIKRAH

1. PERCAYA KEPADA ALLAH S.W.T

2. PERCAYA KEPADA NABI & RASUL

3. PERCAYA KEPADA MALAIKAT

4. PERCAYA KEPADA KITAB

5. PERCAYA KEPADA HARI KIAMAT

6. PERCAYA KEPADA QADA & QADAR


TEMPAT PEMGUMUMAN PEPERIKSAAN

PADANG MAHSYAR

MASA

SELEPAS TIUPAN SANGKAKALA MALAIKAT ISRAFIL


GRED PEPERIKSAAN

MENGIKUT AMAL MASING-MASING

LULUS & CEMERLANG : SYURGA (INSYAALLAH)

GAGAL : NERAKA (NAUZUBILLAH)


TIPS-TIPS UNTUK CEMERLANG

1. AMALKAN SIFAT-SIFAT MAHMUDAH.

2. JAUHI DARIPADA HASUTAN SYAITAN.

3. TAAT PERINTAH DAN UNDANG-UNDANG ALLAH S.W.T.

4. MESTI JAUHI PERKARA-PERKARA MUNGKAR.

5. SEGERA BERTAUBAT JIKA MELAKUKAN KESALAHAN & BERJANJI TIDAK AKAN MENGULANGI KESALAHAN TERSEBUT.

*muga kiter berjaya dalam peperiksaan ini okey...(mudah-mudahan) jadi prepare larrr dari skarang supaya kiter tidak gagal nanti...^^


Thursday, February 10, 2011

Hari kekasih vs Hari Dosa!!!!!

Assalamu’alaikum wr.wb.

Bismillaahirrahmaanirrahiim.

Dear saudara & saudari yang beriman,

Mengucapkan apalagi merayakan hari valentine adalah tidak diperbolehkan (Haram) dalam Islam.

Manusia pada zaman sekarang tidak lagi mengetahui dengan jelas asal usul hari Valentine. Di mana pada zaman sekarang ini orang mengenal Valentine melalui kad ucapan, luahan kata-kata cinta, saling bertukar-tukar hadiah antara kekasih dan sebagainya tanpa sedikitpun ingin mengetahui latar belakang sejarahnya lebih dari 1700 tahun yang lalu.

Dari sini dapat saya simpulkan bahawa masa dan saat ini hanyalah tidak lebih bercorak kepercayaan atau pengaruh yang negatif dalam usaha untuk merosakkan ‘akidah’ muslim dan muslimah sekaligus memperkenalkan gaya hidup barat yang mengamalkan gaya hidup bebas serta bersosial tanpa batasan.

Mari kita renungkan firman Allah :

“ Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui. Kerana pendengaran, penglihatan, dan hati, semua itu akan diminta pertanggungjawabannya”. [QS.Al-Israa’ (17) : 36)

Ayat di atas jelas mengatakan bahawa jika kita mengikuti sesuatu yang kita tak tahu asal usulnya, maka anggota kita akan dipertanggungjawabkan. Masa kecil dulu, umi saya selalu cerita, di hari perhitungan, mulut kita akan ditutup dan anggota kitalah yang akan menjawab semua soalan. Sebagai contoh kaki kita akan ditanya kemana kita melangkah, tangan akan ditanya apa yang kita ambil bukan hak kita dan seterusnya.

Kembali kita kepada Hari Valentine. Dengan mengucapakan “selamat hari Valentine” atau “happy valentine’s day” boleh mengakibatkan seseorang terjerumus dalam kesyirikan dan kemaksiatan kepada Tuan Empunya Dunia, Allah S.W.T

Untuk pengetahuan bagi mereka yang belum mengetahui makna valentine. ”Valentine” sebenarnya berasal dari bahasa Latin yang berarti: “Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuat dan Yang Maha Kuasa”. Kata ini ditujukan kepada Nimrod dan Lupercus, Tuhan orang Romawi. (Dari berbagai sumber)

Oleh itu, tanpa kita sedari atau tidak, jika kita meminta orang menjadi “To Be My Valentine (Jadilah valentine-ku)”, bererti sama dengan kita meminta orang menjadi “Sang Maha Kuasa”. Jelas perbuatan ini merupakan kesyirikan yang besar, menyamakan makhluk dengan Sang Khalik, menghidupkan budaya pemujaan kepada berhala.

Itu baru mengenai ucapan, belum masuk menyambut atau meraikan. Bagi meraikan Valentine sama ertinya meniru-niru Orang Kafir

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk bagian dari mereka.” (HR. Ahmad dan Abu Dawud. Syaikhul Islam dalam Iqtidho’ [hal. 1/269] mengatakan bahawa sanad hadits ini jayid/bagus/sahih. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadits ini sahih sebagaimana dalam Irwa’ul Gholil no. 1269).

Jadi, menurut hadis di atas, maka jelaslah bahawa menghadiri perayaan orang kafir bukanlah ciri-ciri orang yang beriman.

Allah SWT berfirman yang bermaksud :

“Dan orang-orang yang tidak menyaksikan perbuatan zur, dan apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka lalui (saja) dengan menjaga kehormatan dirinya.” [QS. Al-Furqaan (25) : 72]

Jelas bahawa hari Valentine adalah perayaan paganisme yang diadaptasi menjadi ritual agama Nasrani yang mereka masih mengamalkan sehingga ke zaman ini. Merayakannya adalah sama erti telah meniru mereka.

Valentine juga jelas bukan bersumber dari Islam, melainkan bersumber dari rekaan fikiran manusia yang diteruskan oleh pihak gereja untuk merosakkan akidah terutama dikalangan remaja Islam. Oleh kerana itulah, tidak salah jika kita berpegang kepada akal rasional manusia, TETAPI jika tidak berdasarkan kepada Islam(Allah), maka ianya perlu ditolak.

Firman Allah : “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka.

Katakanlah : “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu”. [QS.Al Baqarah (2) : 120]

Firman ALLAH : “Dan hendaklah engkau memutuskan perkara diantara mereka menurut apa yang diturunkan ALLAH, dan janganlah engkau mengikuti keinginan mereka. Dan waspadalah terhadap mereka, jangan sampai mereka memperdayakan engkau terhadap sebagian apa yang telah diturunkan ALLAH kepadamu. Jika mereka berpaling (dari hukum yang telah diturunkan ALLAH), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya ALLAH berkehendak menimpakan musibah kepada mereka disebabkan sebagian dosa-dosa mereka. Dan sungguh, kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasik”. [QS.Al-Maa'idah (5) : 49].

Firman ALLAH : “Untukmu agamamu, dan untukku agamaku”. [QS.Al-Kafirun (109) : 6].

Firman ALLAH : “Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi’. [QS.Aali-‘Imraan (3) : 85]


MARI ISTIQOMAH (BERPEGANG TEGUH)

Perhatikanlah Firman Allah :

“…dan sesungguhnya jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah datang ilmu kepadamu, sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk golongan orang-orang yang zalim”.

Semoga Allah memberikan kepada kita hidayah-NYA dan ketetapan hati untuk dapat istiqomah dengan Islam sehingga hati kita menerima kebenaran serta menjalankan ajaran-NYA.

Tujuan dari semua itu adalah agar diri kita selalu taat sehingga dengan izin Allah Swt kita dapat berjumpa dengan para Nabi mulai dari Nabi Adam sampai Nabi Muhammad Saw. (InsyaAllah)

Firman Allah :

“Barangsiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya maka dia akan bersama orang-orang yang diberi nikmat dari golongan Nabi-Nabi, para siddiq (benar imannya), syuhada, solihin (orang-orang solih), mereka itulah sebaik-baik teman”. [QS.An-Nisaa’ (4) : 69]

Semoga Allah membimbing kita semua dan menjaga kita di jalan yang lurus …

Amiin Ya Rabb


petikan dari sumber : http://mahabbahislamiyah.blogspot.com/2011/02/valentina-hari-kekasih-vs-hari-dosa.html