prettygreeting


click to create your own

Monday, October 31, 2011

Doaku...

YA ALLAH...
aku lemah tanpaMU..
disaat aku tidak terdaya lg menanggung ujian dariMU...
dan
disaat air mata ini mengalir tanpa henti,,
ENGKAU sentiasa ada bersamaKU...
kadangkala ujian itu terlalu berat
dan datang tanpa diduga,
walaupun ku tahu,
ENGKAU tidak akn menimpakan ujian yg tidak mampu hambaMU hadapi..

YA ALLAH.....
berilah aku kekuatan untuk menghadapi ujianMU...
betapa diri ini belum kuat untuk menerima ujianMU...
titisan air mata ini tidak mampu untuk merungkai segalanya...
walau luaran nampak bersahaja,
hanya ENGKAU yg tahu isi hatiku

YA ALLAH....
kini aku bersyukur padaMU...
segala yg terjadi pasti ada hikmah disebaliknya...
biar pahit mana ujian yg ku tanggung...
aku tahu itu yg terbaik untukku...

kini ku sedar YA ALLAH,
semakin aku mendekatiMU...
semakin ENGKAU membantuku...
semakin aku mengadu padaMU...
semakin ENGKAU permudahkan jalanku..
ENGKAUlah pendengar terbaik...
Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani...

YA ALLAH...
tiada yang mustahil bagiMU....
sesungguhnya ENGKAU jualah
yang membolak-balikkan hati hamba-hambaMU...

YA RABB....
aku menadah tangan syukur kepadaMU,
kerana dugaan itu mengajar aku erti hidup yg sebenar,
hidup yg penuh dgn liku-liku kehidupan,
sesungguhnya ENGKAU lebih Mengetahui
apa yg terbaik untuk hambaMU,
di dunia dan akhirat..

Amin ya Rabbal Alamin..

Wednesday, October 5, 2011

AWAK SETUJU TAK??

Awak setuju tak?

Bahawa awak tak boleh lari daripada bertujuan hidup di dunia sementara ni adalah untuk mendapat redha Tuhan yang menjadikan awak, iaitu Allah SWT. Dengan redhaNya, Dia akan mengasihi awak, bila Dia mengasihi awak, insyaAllah di hayat kekal abadi nanti, Dia akan limpahkan kasih sayangNya kepada awak di syurga.


Awak setuju tak?

Bahawa untuk mendapat redha Allah SWT, awak mestilah redha bahawa Allah adalah Tuhan seluruh alam ini, awak mestilah redha bahawa Islam adalah cara hidup terbaik untuk awak dan awak mestilah redha bahawa Nabi Muhammad صلى الله عله وسلام adalah utusan Allah untuk memperkenalkan Allah dan Islam kepada awak dan lainnya. Redha, bukanlah semata-mata mengakui, tetapi juga adalah yakin tanpa sangsi dan was-was akan ketiga-tiga perkara ini.


Awak setuju tak?

Bahawa untuk awak redha yang Allah adalah Tuhan awak, awak mestilah mentaatiNya, patuh kepada suruhanNya, tunduk kepada laranganNya, memupuk perasaan cinta kepadaNya serta berkeinginan untuk mendapat kasih sayangNya.


Awak setuju tak?

Bahawa untuk awak redha yang Islam adalah cara hidup terbaik untuk awak, awak mestilah mengamalkan cara hidup yang ditunjukkan dalam Islam bukan hanya mengikut orang, bukan hanya mengamalkan sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain, tetapi berusaha mengamalkan seluruhnya dengan perasaan penuh rela dan ikhlas mengamalkannya.


Awak setuju tak?

Bahawa untuk awak redha yang Nabi Muhammad صلى الله عله وسلام adalah utusan Allah bagi memperkenalkan Allah dan Islam kepada awak dan lainnya, awak mestilah menjadikan Nabi Muhammad صلى الله عله وسلام sebagai ikutan untuk awak dalam setiap amalan seharian kehidupan awak.


Awak setuju tak?

Bahawa untuk menuju kepada tujuan meredhai ketiga-tiga keredhaan ini, awak mestilah mempunyai ilmu, yang sebenarnya awak tak dapat kesemuanya dalam waktu awak belajar di sekolah sahaja, tetapi mestilah diteruskan usaha mendapatkan ilmunya sepanjang hayat awak. Dan ilmu itu tidaklah boleh lari daripada panduan utama, iaitu Al-Quran dan hadith yang shohih datangnya daripada Nabi Muhammad صلى الله عله وسلام serta panduan daripada para ulama yang berpegang kepada dua panduan utama ini.

Awak setuju tak?

Bahawa awak sekarang ini masih belum berada dalam tujuan utama hidup di dunia, iaitu untuk mendapat redha Allah SWT. Banyak perkara yang melekakan daripada tujuan itu tetapi awak terus melakukannya.

Awak setuju tak?

Bahawa awak perlu berubah, kembali kepada tujuan utama itu, meninggalkan banyak perkara yang melekakan daripada tujuan itu.


Awak setuju tak?

Bahawa awak perlu berubah cepat, bukan menunggu nanti bila dah tua, kerana awak tak dapat kepastian bahawa hidup awak akan berpanjangan hingga tua, sedangkan banyak sebab yang membolehkan nikmat usia awak ditarik balik pada usia awak sekarang ini.


Awak setuju tak?

Bahawa untuk berubah itu, bukanlah perkara mudah tanpa bimbingan yang kuat kepada diri awak yang lemah yang mudah saja melayani banyak perkara yang melekakan awak daripada tujuan hidup awak.


Awak setuju tak?

Bahawa untuk mendirikan rumahtangga, amat penting untuk awak mempunyai pasangan yang cenderung untuk memberikan bimbingan yang kuat kepada diri awak, dan awak juga perlu cenderung bekerjasama dengannya saling sokong-menyokong, ingat-mengingati agar sentiasa membawa keluarga kepada tujuan hidup di dunia ini.


Awak setuju tak?

Bahawa apabila awak banyak menjawab “setuju” dengan soalan-soalan ini, kaki awak sebenarnya telah berada satu tapak di atas landasan tujuan sebenar hidup awak di dunia ini.


Awak setuju tak?

Bahawa apabila kaki awak telah berada satu tapak di atas landasan tujuan sebenar hidup awak ini, sepatutnya awak tidak mengangkatnya kembali meninggalkan landasan ini, tetapi sebaliknya mengangkat sebelah lagi kaki awak, untuk terus melangkah menyelusuri landasan ini.


Awak setuju tak?

Bahawa apabila awak telah melangkah menyelusuri landasan ini, awak perlu terus berada di atas landasan ini, jangan berundur meninggalkan landasan ini.

Awak setuju tak?

Bahawa apabila awak telah tetap berada di atas landasan ini, awak tak sepatutnya berseorangan menyelusurinya, tetapi awak perlu membawa semua ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan seluruh masyarakat turut menyertai awak menyelusuri landasan ini.

Semuga awak, saya dan kita semua mendapat keberkatan hidup dan keredhaan Allah SWT… amin~

Wednesday, September 28, 2011

Hikmah Melihat orang yang kita "SAYANG" sedang Tidur...

Melihat orang yang kita sayang pada saat dia tidur... .. Renungkan/lihatlah betapa sayangnya kita pada mereka... ..

Pernahkah anda menatap orang-orang yang anda sayang saat mereka sedang tidur? Kalau belum, cubalah sekali saja menatap mereka saat sedang tidur.

Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang.

Seorang artis yang ketika di panggung begitu cantik dan gemerlap pun akan tampak polos dan jauh berbeza jika ia sedang tidur.

Orang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tak akan tampak wajah bengisnya.

Perhatikanlah ayah anda saat beliau sedang tidur. Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya. Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya. Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.

Sekarang, beralihlah. ... Lihatlah ibu anda... . Hmm... kulitnya mulai keriput dan tangan yang dulu halus membelai- belai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana menempuhi kehidupan yang mencabar demi kita. Orang inilah yang tiap hari menguruskan keperluan kita. Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan membebeli kita semata- mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan.

Cubalah menatap wajah orang-orang yang kita cintai..sayangi itu... Ayah, Ibu, Suami, Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat, Semuanya...

Rasailah perasaan yang timbul sesudahnya. Rasakanlah energi cinta yang mengalir perlahan-lahan saat menatap wajah mereka yang terlelap itu.

Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan anda. Pengorbanan yang kadang-kadang ditutupi oleh salah faham kecil yang entah kenapa selalu saja nampak besar.

Secara ajaib Tuhan mengatur agar pengorbanan itu akan tampak lagi melalui wajah-wajah jujur mereka saat sedang tidur. Pengorbanan yang kadang melelahkan serta memenatkan mereka namun enggan mereka ungkapkan. Dan ekspresi wajah ketika tidur pun membantu untuk mengungkap segalanya. Tanpa kata, tanpa suara dia berkata... "betapa lelahnya..penatnya aku hari ini". Dan penyebab lelah dan penat itu? Untuk siapa dia berpenat lelah Tak lain adalah KITA... ..

Suami yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang bekerja keras mengurus dan mendidik anak, juga rumah. Kakak, adik, anak, dan sahabat yang telah menemani hari-hari suka dan duka bersama kita.

Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka. Rasakanlah betapa kebahagiaan dan rasa terharu seketika menerpa jika mengingat itu semua.

Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok mereka "orang-orang terkasih itu" tak lagi membuka matanya, untuk selamanya ... "

Saturday, September 24, 2011

Sudikah Kau Nanti..??


Satu ketika kau bertanya..

isteriku,

sudikah kau menjadi Makmum

disetiap solatku..

agar solatku lebih bermakna

dan terjaga hendaknya..

isteriku,

sudikah kau menjadi Penjaga

diri dan maruahku

agar hidupku lebih tenang dan bahagia

isteriku,

sudikah kau menjadi Pendidik

hati dan jiwaku

agar rohaniku terisi hikmahNya

dan akhlakku terjaga hendaknya

isteriku,

sudikah kau menjadi Pemerhati

setiap gerak dan langkahku

agar aku tahu mana salah dan buruk lakuku

isteriku,

sudikah kau menjadi Peneman

di kala suka dan duka ku

agar satu hari, jika ujian itu dtg

air mataku ada yg menghapuskan..

isteriku,

sudikah kau menjadi Pembela

diriku dan agamaku

agar aku terus berada di atas jln yg benar

isteriku,

sudikah kau menjadi Penggerak

semangatku..

agar bila aku kelesuan

kau mampu memberi bantuan

walau hanya sekadar senyuman :)

isteriku,

Sudikah kau menjadi Sahabat

buat diriku..mendengar luahan hatiku

agar aku boleh berbicara apa sj dgn mu

tnpa rasa ragu..

isteriku,

Sudikah kau menjadi Penghibur

tika ku kesunyian

agar aku boleh ketawa riang

Satu ketika aku menjawab...

"Ya, Aku sudi..

Kerana kau pilihanku kerana ILLAHI

dan Kau juga memilihku kerana petunjuk RABBI"

Tetapi,

aku kembalikan soalan ini kepadamu..

imamku,

sudikah kau terus menjadi IMAM di setiap SOLATKU?

jika aku sudah tidak seperti dulu?

imamku,

Sudikah kau pula menjadi

Imam, Penjaga, Pendidik

Pemerhati, Peneman, Pembela

Penggerak, Sahabat dan Penghiburku

Jika suatu ketika nanti

aku sudah tidak mampu lagi menjadi

Makmum di setiap solatmu..

Jika aku sudah tidak mampu lagi

menjagamu,

menemanimu

memerhatikanmu,

mendidikmu

membelamu,

menggerakkanmu

menjadi sahabatmu dan

menghiburkanmu

Sudikah kamu wahai imamku?

Aku percaya..kau masih sudi..

"Kerana Aku pilihanmu kerana ILLAHI

dan Aku juga telah memilihmu kerana petunjuk RABBI"

dan aku disini masih lagi menanti dengan seribu harapanku pada ILAHI...

ya Allah..kurniakanlah aku ketenangan dalam langkah jihadku terhadap tuntutan ilmuMU.

Friday, September 16, 2011

iStImEwAnYa "WANITA"

sekadar renungan bersama insan-insan yang bergelar "WANITA"
ketahuilah betapa istimewanya kita dilahirkan kedunia sebagai seorang wanita,
betapa bertuahnya sebagai seorang wanita,
betapa beruntungnya, bersyukurlah kerana menjadi wanita.......



  1. Doa wanita lebih makbul dari lelaki atas sifat penyayangnya
  2. seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali
  3. seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang lelaki soleh
  4. sabda Rasulullah s.a.w "wanita yang tinggal bersama anak2 nya akan tinggal bersama aku di dalam syurga"
  5. Syurga itu dibawah telapak kaki Ibu
  6. Apabila kedua orang tuamu memanggilmu, maka jawablah panggilan Ibumu dahulu
  7. Allah s.w.t akan memasukkan setiap wanita yang membantu suaminya didalam urusan agama ke dalam syurga terlebih dahulu sebelum suaminya
  8. Tidak akan putus ganjaran Allah s.w.t kepada seorang wanita yang siang malamnya menggembirakan suaminya
  9. Seorang wanita yang menyapu lantai sambil berzikir kepada Allah akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah
  10. Seorang wanita yang taat berkhidmat untuk suaminya akan TERTUTUP pintu2 neraka dan TERBUKA pintu2 Syurga. Masuklah dia dari mana2 pintu yang disukai tanpa dihisab...
p/s>> sekadar perkongsian kita bersama! ilmu untuk dikongsi...(: khusus buat insan yang bergelar wanita!!!










Saturday, June 18, 2011

Detik itu bakal kulalui...=)



salamulahi 'alaikum.....

detik apakah?? huhu... insya Allah jika diizinkan Allah xkurang dari sebulan jerrr lagi aku akan bergelar seorang graduan!!! alhamdulillah saat yang selama ini aku nantikan akan tiba jua... terima kasih ya Allah kerna memberi aku kekuatan selama ini untuk menghabiskan pengajian ku di kuim selama tiga tahun (diploma) akhirnya akan kugenggam segulung diploma itu!!!

tinggal sudah zaman kolej ku... yang pasti saat ini aku mula terasa rindu zaman itu!!! da xdpt nak pegi kuliah lagi!!! rindu pada kawan2 yang semestinya meninggalkan seribu satu memori bersama sepanjang tiga tahun pengajian;(....

kenangan bersama kalian xkan kulupakan!!! ^_^



saatnya kian tiba.....
xsabar menanti detik itu sebenarnya!! waktu tu jugak nanti akan jumpa balik dengan kawan2 & lepas tue??? masing2 dah bawa haluan sendiri yang entah bila lagi dpt jumpa ~,~ namun jauh disudut hati ni aku turut mendoakan agar kalian berjaya dalam hidup walau dimana jua anda berada! mugkin ada yang kerja, sambung degree dan xkurang juga yang bakal menamatkan zaman bujang...heee~ muga bahagia hendaknya.....(:

Monday, June 13, 2011

Hidayah Itu Milik ALLAH!!!

sumber dari cik google(:

SUARA HIDAYAH itu sudah acap kali datang menjengah telinga dan menyapa hati kita, namun kesan yang ditinggalkan, hanya kita dan Allah jua yang mengetahuinya. Bukan hati tak pernah berkata ‘aku ingin berubah’, tapi hakikatnya, kita masih lemah, masih terus kalah dengan godaan dan dorongan nafsu yang memperdaya. Nafsu terus2an membisik,

‘nanti lah… kalau dah taubat sekarang, susah nak buat benda2 yang syok tu lagi’

‘kejap lah… sikit je lagi nih. Berhenti sekarang tergantunglah pulak!!!’

‘sat, sat. Muda lagi ni, insyaAllah, banyak lagi masa nak insaf dan bertaubat’

‘alah… relak lah, lum sampai seru lagi tu…Allah lum nak buka pintu hati aku lagi nih!!!’

Dan kita terus kalah dengan seribu satu alasan yang dibisikkan syaitan dan nafsu. Dalam sedar bahwa syaitan itu adalah musuh kita yang nyata itu pun, kita masih gagal bangkit dari belenggu keseronokan menangguh taubat, menangguhkan dari bersegera melakukan kebaikan, meninggalkan yang maksiat maupun yang lagha… Sebabnya???

Kita sebenarnya belum benar-benar mau berubah, belum sanggup meninggalkan yang tidak-tidak itu. Kita yang belum bersedia bertukar haluan, lalu kita cari dan kita cipta alasan demi alasan bagi memurnikan ketidakupayaan kita untuk berubah. Ada yang sampai menyalahkan orang lain, malah, lebih malang lagi, ada yang sampai menyalahkan Allah sendiri kerana tidak membuka hatinya untuk berubah…. Astagfirullah, Subhanallah. Layakkah kita menyalahkan Allah, sedangkan berbagai ayat (tanda) telah Allah beri kepada kita, berbagai suara telah Allah ‘bisikkan’ juga kepada kita, hanya kita yang tidak mengendahkannya, memejam mata dan memekakkan telinga. Buat-buat tak nampak, buat-buat tak dengar.

Bila terdetik dalam hati keinginan untuk berubah kepada yang lebih baik, itulah tandanya Allah mahu memberi kita hidayahNya, asal saja kita sambut ia dengan cara yang selayaknya. Apa cara yang selayaknya? Pening juga kita nak memikirkannya, kan? Tapikan Allah dah tunjukkan cara-cara tu dengan kitabNya melalui RasulNya saw? Kalau nak berubah, ayuh! tinggalkan yang tidak-tidak itu, bersegera melakukan yang baik-baik, moga-moga terhapus keburukan lalu dan diganti dengan kebaikan kini. Mulakan dengan yang itu dulu, lawan nafsu dan syaitan itu dengan memaksa diri, dengan bermujahadah melawan dan meninggalkan mana-mana yang tak soleh serta terlebih lagha. Dan dalam masa yang sama, perbanyakkan yang soleh lagi baik. Banyakkan sedekah dengan niat yang betul, banyakkan yang sunat disamping memantapkan yang fardhu.

Lalu apa lagi? Yang pasti, doa terus pada Allah, mohon diberi kekuatan melawan nafsu dan syaitan, kerana dari Allah jualah kekuatan itu, dan kita sangat perlu meminta dariNya. Sebagai hamba yang serba lemah, mohonlah pada ‘Tuan’ kita yang serba Agong. Jangan kita menyombong diri dan menyangka sekali kita berupaya meninggalkan kejahatan, kita akan terus dapat meninggalkannya dengan kudrat kita sendiri. Doa tetap perlu diteruskan, hatta berdoa untuk terus dalam keadaan berdoa hingga akhir hayat itulah yang sepatutnya dilakukan. ‘Perbanyakkan doa’, bagi ana maksudnya terus mohon pada Allah supaya kita tetap terus kuat berdoa dan memohon pada Allah. Sesungguhnya kita teramat lemah, segalanya memerlukan pada Allah swt.

Tak ke kalau dah hidayah tu milik Allah, berdoa saja lah sampai Allah beri ‘hidayah’ tu, baru kita boleh berubah….

Macamana tu?

Sebenar-benarnya di sini, tiada sebarang konflik kalau kita mengerti satu perkara, bahawa ALLAH SWT ITU MAHA TAHU, berbanding kita hambaNya yang serba tidak tahu. Maka yang tak tahu ni, kena buat cara orang tak tau apa yang akan berlaku dimasa hadapan. Yang kita tahu janji Allah, siapa yang berusaha, dia pasti akan mendapatkannya. Dan kita juga tahu bahwa kita kena berusaha, kemudian berdoa dan bertawakkal kepadaNya. Allah yang Maha Tahu itu tahu sejauh mana kita berusaha, sejauh mana kesungguhan kita untuk berusaha , seikhlas mana kita benar-benar mahu berubah. Maka dengan ILMU Nya itulah, Dia menetapkan segalanya untuk kita, kerana Dia Yang Maha Tahu. Oleh kerana itulah, segalanya milik Allah jua. Kerana Dia Maha Tahu.

Renungi firman Allah swt dalam Sura Ar Ra’d : 27-28;

“Dan Dia memberi petunjuk ke jalan agamaNya kepada sesiapa yang merujuk kepadaNya, iaitu orang2 yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah, dengan zikrullah, hati akan menjadi tenang.”

wallahu’alam.