Tuhan dakaplah erat2 diriku agar aku tak pernah merasa ingin meninggalkanMu walaupun ditinggalkan sekelian makhluk... balutilah hatiku dengan kesucianMu agar aku tak pernah dikotori walaupun disekelilingku dipenuhi coretan maksiat.. sertailah setiap langkahku agar aku sentiasa dituntun kearah jalanMu walaupun dalam kembaraku ditaburi dengan duri2 ujian yang menyakitkan... peliharalah diriku kerana engkaulah sebaik-baik pemelihara...amin~
Friday, January 21, 2011
CANTIK...
Tetapi jikalau lelaki memilih isteri hanya semata melihat cantik itu pada rupa, andai hilang cantik itu berubahlah setianya nanti. Mata mula meliar mencari yang jelita. Cinta pudar bertukar rasa.
Namun jika cantik itu dilihat pada budi, kerut di wajah isteri seakan hilang pergi kerna terkenang baiknya budi isteri. Cinta yang disemai semakin utuh bersemi dan terbinalah kasih yang abadi ke syurga-Nya nanti.
Wanita yang dikasihi sekalian,
Jangan kau menilai cantik itu hanya pada paras rupa, bukan itu sebenarnya menjadi ukuran. Kerana pasti nanti ada yang melihat kecantikanmu andai dirimu berakhlak mulia. Kerana akhlak itu tempat tertambatnya cinta pada mata yang melihat.
Andai cantik tetapi tidak berakhlak, ibaratnya seperti bunga dedap. Indah luaran tetapi baunya tidak tertahankan bagi yang menghidu. Mendekati hanya kerna indah, tetapi untuk berlama-lamaan sungguh tidak sanggup sekali.
Andai kurang cantik di mata manusia, tetapi berakhlak mulia, ibaratnya seperti bunga seroja. Biar putih salju, tetapi manisnya dihirup sang lebah menghasil madu. Memberi manfaat pada yang memerlu.
Andai cantik juga berakhlak mulia, itu adalah tambahan buat dirimu. Ibarat mawar menguntum indah, wanginya menarik sesiapa yang mendekati. Namun kecantikannya bukan mudah untuk direnggut kerana ada duri yang tajam mengawasi.
Di antara kuntum-kuntuman bunga ini, jadilah dirimu seperti mawar. Namun andai dirimu bukanlah sejelita pandangan manusia, cukuplah dirimu untuk punyai akhlak yang mulia. Suatu hari nanti, pasti ada lebah yang mengintai meminta izin penuh kesopanan untuk menyunting manismu di taman larangan.
Satu yang kau perlu ingat, kecantikanmu bukan barang tontonan untuk dipamerkan untuk semua lelaki, ia hanya buat suamimu. Yang Allah ciptakan buatmu sebagai pelengkap dan pelindung dirimu. Jagailah hak Allah, nescaya Allah akan menjaga hakmu.
Ketaatanmu untuk menutup aurat itu adalah hak Allah yang perlu kau jagai. Ibarat Dia menumbuhkanmu di taman larangan, ibu bapamu yang menyemaimu dan menjagaimu sehingga tiba saatnya nanti kau akan dibawa keluar oleh seseorang yang boleh menjagaimu pula dengan izinnya. Kerana itu, sebelum engkau dibawanya, hendaklah dirimu bersedia serta menjaga maruah dan ketaatanmu hanya kerana-Nya.
Wanita muslimah yang dikasihi.
Diriku yang hanya sebutir pasir di lautan manusia ini ingin rasanya membawa kalian bersama mengerti bahawa kehidupan ini bukan kehidupan yang kekal. Tiba saatnya pasti kita kan pergi. Kecantikan yang dibangga-banggakan sekian manusia jua tidakkan memanfaatkan kelak. Yang dikira adalah amal soleh, doa anak-anakyang soleh/solehah dan amal jariah. Bukankah semuanya menuntut sebuah akhlak yang mengalir dalam diri dan hati kita??
Ingatanku ini seawalnya hanya kutujukan buat diriku, dan ingatan kasihku pada kalian memungkinkan tanganku ringan mencoretkannya. Kumohon Allah pelihara kehidupan kita dengan keberkatan yang berpanjangan. Semoga bertemu di syurga-Nya kelak insyaAllah. Ameen ya Rabbal Alamin..
Monday, January 3, 2011
Praktikal satu kenangan terindah hidupku..(^___^)
Assalammualaikum.....(:
hmm, to all readers (mcm ramai jerr)haha.. lamernyerr xdapat nk update blog nie.. bukan nak biarkan bersawang tapi kekangan waktu saban hari buat sy xdapat nk update kat sini.. jadi hari nie kebetulan ada 1 kelas jerr jadi kesempatan yang ader nie nk curi sekejap tuk menghapdet blog kesayangan sy nie... weee~
hmm, hari nie sy nk citer sket larh kan pengalaman sepanjang 6 minggu berpraktikal hari tuh... rindunyerrr nak gi praktikal lagi..huehue... sy berpraktikal di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan bersama2 dengan seorang lagi sahabat seangkatan sy anita zuraini bermula pada 15 Nov hingga 24 Dec yang lepas... hmm, kami diarahkan untuk berada selama 3 minggu di Mahkamah Tinggi & 3 Minggu lagi di Mahkamah Rendah pula.. mmg best coz dapat merasa pengalaman yang berbeza kerana walaupun keduanya menjalankan perbicaraan yang hampir sama tapi kami blajar kes2 yang berlainan antara dua mahkamah nie... contohnyerr lar kan, kat Mahkamah Tinggi biasanya kami jalankan kes2 seperti permohonan poligami, hadhanah (hak penjagaan anak), harta sepencarian, wasiat dan sbgnya... dan kat mahkamah rendah pulak kami kes2 seperti pembubaran perkahwinan (perceraian,khuluk, fasakh, ta'liq, pengesahan lafaz cerai), faraid, wali enggan, permohonan wali hakim dsbgnya... sangat seronok sbb bnyak pengalaman yang dapat saya kutip sepanjang 6 minggu kat sana (sekejap sgt rasanyer)...
duduk kat mahkamah banyak sangat benda yang dapat sy blajar dan cuba tuk aplikasikan dalam kehidupan harian dan lebih berhati2 dalam mencari pasangan hidup nati.. insya Allah muga dijauhkan dari situasi yang jadi dlm persekitaran di tempat praktikal.. secara peribadinyerr, sy rasa sedih sgt bila menyaksikan sendiri seorang suami begitu mudah melafazkan perkataan talak ke atas isterinya... semudah ABC barangkali, kadangkala bila baca fail kes sesuatu perceraian tue terjadi atas alasan yang tak munasabah langsung!!! teringat sy satu pasangan nie yg mana berkahwin xsampai setengah tahun pun tapi diceraikan suami dengan talak 3 sebab terlalu marah dgn si isteri... begitu murahkah lafaz tue tuk dituturkan oleh anda???? ada yang bercerai kerana sifat cemburu buta sblah pihak dan macam2 lagi yg kdg2 anda mungkin agak fobia sendiri..
selepas perceraian pula lain cerita bilamana si isteri yang rasa diri mereka ditipu oleh bekas suami dan seolah2 dipergunakan sepanjang tempoh perkahwinan kemudiannya kembali ke mahkamah tuk membuat pelbagai tuntutan (muta'ah, eddah, nafkah anak & isteri, harta sepencarian) yang kadang2 diluar kemampuan bekas suami tu sendiri.. jangan terkejut kalau sebelum perbicaraan bermula anda akan dengar suara2 yg menjerit2 bergaduh dan sebagainya disebabkan semua tuntutan ini... diawal kedatangan sy ke sini mmg kena kejutan budaya sekejap bila mendengar makian dan pelbagai lagi sumpah seranah yang dikeluarkan!!! subhanallah, mana perginya perasaan malu anda semua sbg seorang umat Islam???? muga2 kita semua dijauhkan daripada semua ini... pelihara kehidupan kami ya Rabb...
*hmm, raser2 cam banyak lagi nak citer nie.. tapi akan disambung kemudian larh yerr...huhuhu=)
Tuesday, December 28, 2010
Jangan Tangisi apa yang bukan milikmu...
Hidup ini ibarat sebuah belantara. Tempat kita mengejar segala keinginan dan sememangnya manusia diciptakanNya mempunyai kehendak dan keinginan. Namun, tidak semua yang kita inginkan akan tercapai, tidak setiap yang kita idamkan mampu menjadi realiti. Dan, bukan sesuatu yang mudah untuk menyedari dan menerima kenyataan bahawa apa yang bukan menjadi milik kita tidak perlu kita tangisi. Ramai orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum iaitu kita mesti berjaya, mesti bahagia atau yang lainnya.
Berapa ramai orang yang berjaya tetapi lupa bahawa segalanya adalah pemberian Allah yang Maha Pemurah sehingga kejayaan itu membuatnya sombong dan bertindak mengikut nafsunya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan tenang dan sabar sedangkan dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita.
Apa yang memang menjadi hak kita di dunia, pasti akan Allah tunaikan. Namun apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akan mungkin kita miliki, walaupun ia mungkin telah menghampiri kita, walaupun kita telah bermati-matian mengusahakannya. Seorang mukmin tidak akan bersedih ketika ditimpa musibah, malapetaka, dan sebagainya. Tetapi dia bersyukur kepada Allah dan menjadikan musibah itu sebagai peringatan dari Allah terhadap dirinya.
Oleh itu, bila seorang mukmin merasa sedih ketika ditimpa musibah, maka dia bukan mukmin sejati. Sebab, apa pun musibah yang menimpa seorang mukmin, selalu menguntungkan dirinya, sebagaimana sabda Rasulullah dalam sebuah hadis: “Sungguh menakjubkan! Urusan orang mukmin selalu menjadi hal yang menguntungkan bagi dirinya. Dan yang demikian itu hanyalah dialami oleh seorang mukmin.”
Seorang mukmin bila ditimpa kesusahan, dan dia mengingat Allah, dengan jalan itu itulah dia akan memperoleh jalan penyelesaian yang terbaik. Dia tidak merasa tekanan batin dalam bentuk apapun, kerana penderitaan yang paling berat sekalipun, pasti ada jalan penyelesaiannya. Seorang mukmin adalah selalu mengingati Allah dalam keadaan ditimpa penderitaan yang amat sangat sekalipun, baik dengan mengucapkan tasbih, takbir, istighfar, doa mahupun dengan membaca Al-Quran, sehingga membuat jiwanya bersih, bening, perasaannya tenang dan tenteram.
Rasulullah SAW pun bersabda: “Ingat akan Allah adalah penawar kalbu,” diriwayatkan oleh Ad-Dailami oleh Anas.
Maka wahai jiwa yang sedang gundah berduka lara, dengarkan firman Allah SWT; “ Boleh jadi kalian membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kalian. Dan boleh jadi kalian mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kalian. Allah Maha Mengetahui kalian tidak mengetahui.”(QS. Al-Baqarah 216)
Maka setelah ini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam dalam nestapa yang berpanjangan terhadap apa-apa yang terlepas dari genggamanmu, dari dakapanmu. Kita lihat di sekeliling kita, kemudian cerminlah diri sendiri. Andai kita tidak kenal siapa yang ada di dalam cermin itu, mulai hari ini ada baiknya kita mulakan mencari diri sendiri!
Manusia yang mulia adalah yang menyedari dengan sepenuh hati bahawa dia hanyalah hamba, benar-benar hamba, dalam pengertian hamba yang sebenar-benarnya, baik secara teori mahupun praktikal. Dia hanya berfikir bagaimana memberikan yang terbaik bagi kehidupan ini, semata-mata mengharap cintaNya, keredhaanNya, dan lebih dari itu kerana dia mencintai Allah, terpesona kepada keindahan Maha Pencipta, mabuk kepayang dengan ‘kecantikan’ Maha Pemurah.
Andai ternyata keinginannya tidak selari dengan keinginan Allah SWT, ternyata apa yang diharapkannya esok hari tidak menjadi nyata, malah yang terjadi adalah sesuatu yang sebaliknya, maka kita mesti tetap ikhlas! Kita menerima semuanya dengan senyum yang mengembang, dengan redha yang tidak terhitung. Hidupnya hanya untukNya. DIAlah tujuan hidup, sebaik-baik tujuan hidup! Sedang yang lainnya adalah wasilah, alat, bekal, modal untuk mencapai keredhaan Allah SWT.
Maka, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu! Kerana, ia memang bukan milikmu! Maka, bersihkan hatimu, ikhlaslah.. redha dengan ketentuanNya. Kerana, kita ini adalah sebenar-benar hamba! Moga kita lebih kuat dan dekat kepadaNya.
"Ya Allah..peliharalah hatiku hanya untuk insan yang telah Kau tetapkan untukku di luh mahfuz..tautkanlah hatiku untuk insan yang melabuhkan cintanya sepenuhnya kepada-Mu..kerana aku memerlukan cinta-Mu melebihi segala2nya..Ya Allah.. hilangkanlah ras a gundahku ini..tetapkanlah keyakinanku kepada ojdoh yang telah ditetapkan oleh-Mu kepada hambaMu yg hina ini..tngknlh hatiku mnerima stiap ap yg tlh Kau takdirkan untukku..sesungguhnya, Engkau lebih mengetahui apa yang terbaik untukku.."
Friday, December 3, 2010
Monolog Seorang Hamba :)
Di sana dia berdiri lagi
Seperti malam-malam yang lain
Sambil matanya menyoroti selimut langit
Mencari-cari kelip-kelip sinar kejora
Untuk menemaninya bermonolog
Tiada! Dengus hati kecilnya
Bulan juga tiada!
Apakah malam pekat ini akan dilalui tanpa teman alamnya?
Hatinya bermonolog senyap
Bagai menagih simpati semesta
Lewat kata-katanya yang terbuku dalam tusuk batinya
Kedengaran seperti dia ingin meluahkan segalanya
Hanya pada Illahi tempat dia mengadu
(dalam hatinya dia berkata):
Wahai Tuhanku pemelihat abduhnya, lihatlah diriku sekarang sedang menatap langit sendirian. Tiada lagi teman alamku menemaniku untuk kali ini. Betapa sepinya hidup tanpa berteman walau hanya dengan alam.
Tuhan, aku tahu Engkau tidak akan pernah meninggalkan aku walau aku jauh terusir ke penjuru dunia atau seluruh isi dunia menghambatku pergi ke planet lain. Aku tahu Engkau dekat denganku dan Engkau tidak akan pernah beredar daripadaku kerana Engkau adalah Tuhanku yang Maha Penyayang.
Ya Rahim, izinkan aku bermonolog denganMu bukan seperti hari-hari yang lepas. Sungguh tidak tertanggung rasanya untuk menyimpan semua pedih dalam kantung hati. Walau aku tahu Engkau Maha Tahu akan semua perkara tentangku. Tetapi, aku hanya ingin pada malam ini bermonolog padamu tentang resah ini.
Monolog cinta ini hanya kuungkapkan padaMu agar segala laraku pergi menghilang. Illahi, untuk beberapa kalinya, Alhamdulillah…Aku bersyukur kerana cintaMu padaku telah engkau manifestasikan melalui taburan hidayah dalam nuansa spritualku sebelum tanganku sempat menyentuh bayu angin cinta duniawi.
Ya Illahi
Kerana Engkau yang kupuja,
Aku menjauhi dia
di saat hatiku ingin berada bersama bayangannya
Kerana Engkau pemilikku
Aku berdagang merantau pergi
Ketika hatiku berlabuh padanya
Kerana Engkau Pemilik Cintaku
Aku menjauh bersembunyi dalam hutan belantara
Pada waktu hatiku mendesak untuk melihatnya
Kerana Engkau,Illahi
Kurobek semua cinta duniawi daripada berdenyut seiring hembusan nafasku
Dalam monolog itu juga dia mengharap:
Illahi, aku tahu dia sebelum ini adalah fatamorgana untukku. Bukan halal untukku. Maka pintaku, engkau utuskanlah ‘dia’ yang halal untukku. Agar cintaku padaMu bertambah memuncak tinggi ketika aku dan ‘dia’ bersama-sama menjadi teman beribadah; teman menasihati . Sesungguhnya, aku tidak mahu memilih ‘dia’ atau mengenalinya kecuali Engkau memilihnya dan memperkenalkannya padaku.
Monolog cinta ini kuimplementasikan
Dalam sebuah pengharapan
Untuk beberapa detik, dia menuntun kakinya sambil bibirnya bergetar menyebut,
Allah pasti akan mengabulkan doaku
Amin
sumber:iluvislam.com
Saturday, November 27, 2010
~USAH RISAU JIKA DIRI BELUM B'PUNYA..mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita2
Resah.Gelisah.Seraut wajah termenung jauh."Orang lain semua dah kahwin,tinggal aku sorang saja".Sekeping hati bermonolog.Monolog itu disusuli tujahan prasangka."Aku x cantik ke?" "Aku kurang bergaya ke?" "Ataupun pasal gaji aku tak seberapa?" "Aku tak pandai meng'ayat' agaknya".
Mungkin begitulah kerisauan yang memberat di minda muda mudi yang belum berpunya.Rasa rendah diru,stress dan gejolak rasa ingin memiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati dan memiliki seseorang tanpa mengenal batas halal dan haram.Yang penting,dapat.
Pilu hati ini melihat remaja yang merana kerana cinta.Pilu kerana walaupun mereka sudah merasai peritnya penangan cinta dusta,mereka masih tak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki.Tidak serik-serik lagi.Diri diperhamba menagih cinta sementara hingga berkonflik dengan Pencipta cinta.Semua batasan-Nya diredah segala.Tak kenal dosa pahala.
Oh,remaja!
Cinta sebelum kahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa dan zina.Jika mampu bertahan ke jinjang pelamin sekalipun,percayalah bahawa rumah tangga itu takkan berkat.Apa tidaknya,asasnya dibina daripada dosa dan maksiat.
Mana mungkin dapat menegakkan tiang taqwa yang utuh kecuali dinaik taraf dengan taubat.Rumah tangga akan menjadi tawar dan hambar.Semuanya dah dirasa dan terbiasa,nak rasa nikmatnya apa lagi?Anak-anak menjadi mangsa.Terimalah ia sebagai hukuman di dunia.Amat pedih.Namun,terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.
Kuhembus nasihat ini kepadamu hai remaja tanda sayangku tak terhingga.Bagi para gadis yang belum berpunya,andalah pilihan-pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan,yakinlah.
Jangan risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita-cita.Usah peningkan kepala.Dia menguji anda sedikit masa lagi.
Begitu juga buat pemuda yang belum berpunya," first thing first".Utamakan yang lebih penting daripada apa yang penting.Kenali prioriti anda sekarang.Jika memang dah sampai saat nak memiliki,tabahlah dan teruskan berusaha.Ingat,pastikan waktu nak berusaha tu anda memang dah betul-betul mampu dan bersedia.
Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya.Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran.Jangan putus asa.Rasa mulialah dengan usaha yang dicurahkan walaupun pinangan pernah ditolak.Usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya.Teruskan berusaha!
Ingat,usaha yang Allah redha sahaja.Bagaimana?Dengan sms siang malam?Atau bergayut di telefon memanjang?Atau ajak keluar,belanja makan?Begitukah?
Berusahalah menyediakan diri dan pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu,itu tips memikat wanita solehah dan beriman.Seabik-baiknya gunakan orang perantaraan untuk lebih menjaga warak dan iman.
Seringkali,seseorang mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yang tinggi.Pepohon berduri sanggup diredah,curam dan jurang sabar ditempuh.Namun,apabila dia memilikinya,didapati insan yang dikejar itu dedaunan kering cuma.Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yang tak disalur dengan suluhan petunjuk al-Quran dan Sunnah.
Beringatlah,urusan jodoh tak ke mana.Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz untuk kita.Ianya urusan yang pasti.Apa yang tak pasti,sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya.Wallahu'alam.
Sunday, November 21, 2010
Salam "sPm" buat adeq tersayangku..^^
jadi kepada:
En. Muhammad Faizal Abdul Karim
kakakmu ini ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan yerr adeqku!!! doa kami (kak long, kak ngah mak dll sentiasa mengiringimu)huhu poyo jerk ayat!!!
"Bittaufiq wannajah"
muga dapat result yang
"MUMTAZ" okey???
>chaiyok!!! aja-aja fighting!!! jia yaou!!!<
*buatlah yg terbaik tuk kuarge & diri sendiri
*solat jage, jgn tinggal walau sibuk cmner pum
*kami percaya pada kebolehan yg kamu ader!!!:)
*study rajin2 yerk
*ingat Allah slalu, kuarge slalu & (apae2 lah yg patot..heheh)
::last but not least::
"gud luck & may Allah grant you GUIDANCE, CONFIDENCE & EXCELLENCE in ur upcoming examination!!! amin~"