prettygreeting


click to create your own

Wednesday, July 28, 2010

boleh kerr???

hmmm, ari Jumaat nie kener berlakon tuk subjek undang2 Tort tajuk trespass to the land.. aduhai, bley kerrr??? segannn lorrrr nk berlakon tyme kuliah plak tue.. depan 68 orang!!! ohhh nooooo... malunyerrrr, kalu bukan disebabkan markah, jangan harap larh aku nk buat... ya Allah, bantu kami supaya lakonan tu berjaya & dapat kerjasama yang baik antara ahli2 yang lain..dussshhhh!!!

Bicara Hatiku- NICE


Dalam lesu
Kau masih tersenyum
Walaupun terlihat duka tangisanmu
Merindukan warna kedamaian
Menanti bahagia beraja di situ

Bilakah….
Kan berakhir kisah derita
Apakah... tiada penghujungnya
Manakah jawapannya

Laungkan tulus kasihmu seluruh alam
Hingga bisa menggegar bumi
Moga mereka terima utusan salam
Tanda kau masih di sini

Khabarkan kepada mereka
Masih ada cinta mewangi di sini
Dan khabarkan kepada dunia
Damai yang kau cari
Akan kau miliki
Pasti….

Tuesday, July 27, 2010

LaYaR kEiNsAfAn- MeStIcA

Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora

Alhamdulillah=)

Alhamdulillah, syukur kehadratmu ya Allah segalanya berjalan lancar... kuiz tadi ok lar jugak, tapi agak kecewa sket biler nama kes aku xingat & fakta yang da bcampur2 dalam kepala=( tapi keseluruhannya agak ok larh.. harap2 dapat keputusan yang ok jugak tuk kuiz ni, xnak main2 sem ni.. kene struggle tuk naekkan pointer lagi supaya dapat keputusan yang jauh lebih baik dari semester ni, bukanlah maksudnyer aku x bersyukur dengan apa yang ada sekarang tapi xsalah rasanyer kalau kiter mengharapkan sesuatu yang lagi baik dari apa yang ada depan mata sekarang... ya Allah, bantu kami & kuatkanlah kami untuk mengharungi setiap apa yang terjadi di semester ini... muga kami boleh habiskan semester ini dengan sempurna.. =_=

Monday, July 26, 2010

sayang-sayang sufiku sayang=)

hmm, dear my beloved diary.. petang nie ader kuiz tuk subjek undang2 tort.. klaz aku Duus 5A adalah klaz yg terakhir akn ambil kuiz tu..hmm, banyak lagi xbaca sebenarnyerrr.. tapi kejap lagi lah coz nak luangkan masa tuk bercerita dengan sufi..huhu.. mudah-mudahan diberi kemudahan untuk menjawab nanti... hari ni jugak macam-macam benda klakar yang jadi start dari awal pagi tadi..hahaha=) nak taw kenapa x??? bayangkan klaz undang2 tanah kami sepatutnya pukul 11 pagi tapi kami ingatkan da terlewat then apalagi kelam kelibut larh nak ciap gi klaz seawal jam 8 pagi dengan nak mandinyerr lagi, tudung xiron n ader lar beberapa peristiwa lagi yang jadi tuk mengejar klaz yang diigatkan pada pukul 9 pagi...heee~ rupa2nya kami ni da terawal 2 jam..=) nasib baik terserempak dengan kawan2 dari klaz lain yang bertanyakan kelas kami pukul berapa coz kebetulan housemate nyer jgak adalah classmate kami yang sedang lena dibuai mimpi indah kat rumah...hahaha memang xbley nak lupa kenangan di hari nifsu sya'ban ni... tapi itulah perkara yang akan dijadikan kenangan sepanjang pengajianku disini nanti... pastinyerrr aku akan merindui saat2 yang macam ni lagi coz tahun ni jugak adalah tahun terakhir aku akan menyambut ramadhan bersama kawan2 tersayang kat KUIM ni.. harap2 ramadhan yang bakal tiba nie memberi seribu satu kenangan yang xkan aku lupa sampai bila2... i miss all the things i've done before, rindukan suasana yang dulu & insyaAllah semua e2 akan menjadi kenangan hidupku sampai bila2... semuga masih ada sinaran yang terang untukku menebus & perbaiki setiap kesilapan yang aku lakukan...

ku damba cintaMu

Setahun kini,
Tidakku sedari, tidakku mengerti,
Hadirnya dirimu, Sufi,
Mencipta memori.

Setahun kini,
Tidakku fahami, tidakku pasti,
Apakah perasaan ini,
sesuatu yang terbit di sanubari.

Setahun kini,
Timbulnya mentari hingga malam hari,
Ku bertanyakan Ilahi,
Ku soal hati, Ku selami nurani.

Namun, Tuhan ingin menguji, tabahnya hati,
Bintang hatiku pergi, tidak lagi di sisi,
Harapan ku mati, gugur ke bumi,
Bicaraku terhenti, tinggal misteri.

Hilangnya dirimu, bersama mimpi,
Tersentak aku dari fantasi,
Dan kini, yang pasti, realiti,
Kasih belum termiliki...

Sepi!
Aku sendiri.
Masih berlari.
Menempuh perjalanan yang sunyi ini.

Tuhan,
Ku masih menanti.

Ya Allah,
Aku Lelah!
Aku Pasrah!

Tuhan,
Ku ingin seperti mawar berduri,
Sesegar embun pagi, seharum kasturi,
sehangat matahari, seindah pelangi.

Tuhan,
Tidakku peduli lagi,
cinta duniawi,
Walaupun sendiri,
Biar pun pertama di hati,
Biarkan lah mati untuk terakhir kali.

Tuhan,
Berikan lah aku kunci,
Untuk mencintai,
Untuk mendekati,
Dalam meneguk kasihMu nan suci,

Kini aku pasti,
CintaMu penuh erti,
Cinta yang hakiki...

Amin, Ya Rabb...

Sunday, July 25, 2010

Buatmu Diari Hatiku

Bukan aku tak pernah menderita...
tetapi semuanya aku simpan...
Bukan aku tak pernah kecewa...
tetapi semuanya aku pendam...
Bukan jua aku tak pernah terseksa...
tapi semuanya aku telan...
Bukan aku tak pernah terluka...
tapi semuanya aku kapan...

KERANA APA??

Deritaku, kerana jiwa yang suka mencabar rasa...
Kecewaku, lantaran hati yang tak pernah mahu setia...
Seksaku, ekoran lidah yang bijak melontar kata...
Lukaku, natijah akal yang kurang waras mentafsir deria...

Maka doa aku jadikan sandaran...
Agar jiwa boleh terisi...
menjadikan hati mampu berpaksi...
Lalu lidah jadi terpuji...
lantas akal bisa berfungsi...

dipetik dari buku kesayanganku>> Diari sufi<< munazakirah="_=">

BuAtMu AyAh IbUkU

Ayah, Palingkan wajahmu ke arahku...
Jangan dibuka pintu itu...
Kerana sekali kau berlalu...
Patahlah sayap kananku...
Ibu, pusingkan mukamu kearahku...
Jangan digegar Arasy Allah yang satu...
Kerana sekali kau pinta hal itu...
Ranaplah sayap kiriku...
Ayah dan Ibu...
Aku anak yang belum tahu...
Apa itu tanggungan dibahu...
Janji Allah aku bakal dijaga oleh kamu...
Tetapi tidak mengapa...
Kalau hanya itu jalan yang kamu ada...
Aku pasrah dalam doaku...
Bahawa janji Allah juga...
Aku akan terbela...
Dan...
Setiap dari kita...
Bakal bersatu jua nanti atas nama keadilan disana...

SANTAPAN AKAL

kali pertama bumi ini diciptakan, katanya bumi ini selalu bergoyang, bergoncang dan tidak berputar pada paksinya. Perkara ini merunsingkan para malaikat lalu para malaikat menghadap Allah s.w.t...
"wahai ya Rabb yang maha mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang??" Tanya para malaikat.

"kerana belum dipaku." Jawab Allah singkat.

Lalu, bagaimana engkau memaku bumi wahai ya Rabb?? Tanya malaikat lagi.

"Aku akan menciptakan gunung-ganang"Jawab Allah.

Setelah itu, Allah terus menciptakan gunung-ganang di berbagai belahan bumi. Apa yang terjadi adalah sememangnya benar setelah diciptakan gunung-ganang. Bumi pun diam kemudian berputar pada paksinya. Maka kemudian gunung pun dikenali sebagai paku bumi yang diciptakan oleh Allah S.W.T.

Paku merupakan benda keras yang terbuat daripada besi. Setelah Allah menciptakan paku bumi iaitu gunung-ganang, kemudian para Malaikat pun bertanya lagi.

"Ya Rabb, adakah yang lebih kuat daripada paku??"

"Ada!" Jawab Allah. "iaitu api, yang dengan panasnya dapat melelehkan besi."

"Adakah yang lebih kuat lagi selain api, ya Rabb??" Tanya Malaikat lagi.

"Ada!" Yakni air yang dapat memadamkan api. Jawab Allah lagi.

"Jadi ya Rabb, adakah yang lebih kuat lagi selain air??" sambung malaikat.

"Ada!" iaitu angin, yang kerananya dapat membawa air kemanapun ia menghembus." Jawab Allah lagi.

"Tapi ya Rabb, adakah lagi yang lebih kuat dari semua itu (gunung,api,air,angin)?" Malaikat bertanya lagi.

"Ada!" iaitu nafas hambaKu yang berdoa kepadaku. kerana sesungguhnya DOA itu mampu mengubah takdirku." Demikian Allah S.W.T menjelaskan [Hadis Kudsi]

DISAAT KESUNYIAN DATANG MENYAPA

Mungkin kita pernah merasakan kesunyian melanda sanubari.

Apabila ini terjadi, kita pasti merasa diri kita ini amat hampa, ada yang seakan hilang entah ke mana atau pergi mengembara jauh ke sana.

Hati merasa begitu terseksa sehingga di malam hari pun kita selalu terjaga. Bila hal itu terjadi tatkala kita merasa tidak seorang pun yang dapat memahami kita, tidak ada tempat untuk berkongsi cerita, berkongsi duka dan berkongsi rasa.

Hidup akan merasa semakin terseksa hingga tidak lagi bermakna.

Bila itu yang kita rasakan, mungkin ada yang selama ini kita lupakan. Bahawa ketika kita sedar dari mimpi dan termanggu dalam kesunyian, di saat itu sebenarnya Allah ada bersama kita.

DIA selalu memantau dan menemani kita dengan kasih sayang yang begitu dalam.
DIA akan selalu menemani tidur kita yang sepi dan menjaga diri kita yang lemah ini.

Namun, hal itu hanya akan terjadi bila kita mahu meyakini bahawa Allah itu benar adanya dan tentunya nama-Nya sudah termateri di hati kita.

Dengan kata lain, kita mahu mengimani dan mencintai-Nya dengan sepenuh jiwa.

Pernahkah kita menyedari hal ini? Allah telah memberikan kita begitu banyak nikmat dan anugerah kepada kita maka nikmat Allah yang mana lagi yang hendak kita dustakan?

Allah telah membuat hati yang muram menjadi tenang, yang suram menjadi bercahaya dan yang kerdil menjadi raksasa.

Sepertinya kita tidak boleh larut dalam kesedihan, kerana boleh jadi Allah menganugerahkan rasa sepi dalam hati kita untuk menguji betapa kuat cinta kita.

Sehingga dengan sepi itu kita mampu untuk lebih khusyuk untuk mendekati-Nya.

Rasulullah SAW bersabda,
“ Sesungguhnya orang mukmin itu adalah orang yang luar biasa, seluruh perkara dalam hidupnya adalah baik baginya. Ketika mendapat kemudahan ia bersyukur.Itu adalah baik baginya dan apabila ia ditimpa kesulitan maka dia bersabar dan itupun juga adalah baik baginya.”